Ramadhan sudah berakhir..kini tiba syawal yang dinanti..dikesempatan ini hamba ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada pengunjung blog ini..mmm walaupun x ada yang berkunjung sanggt..hehe..didalam kita menyambut syawal yang mulia ini jangan la dilupa kepada saudara-saudara kita di Gaza, Palestin..mereka menyambut syawal didalam peperangan..semenjak dari ramadhan lagi mereka bertubi-tubi diserang..semoga mereka kuat dan tabah untuk menembuh segala dugaan dunia yang sementara ini..marilah kita bersama-sama mendoakan kesejahteraan mereka..diharap Allah s.w.t sentiasa merahmati mereka.. Salam Syawal Untuk Gaza..Kami disini sentiasa mengingati kamu wahai saudaraku di Gaza.. #PrayForGaza..
agak lama juga hamba tak update blog ini..terlalu sibuk mempersiapkan diri dalam di ramadhan..berharap agar dapat bertemu dengan ramadhan yang akan datang..terlalu sedikit amal ibadat yang dapat dibuat di ramadhan ini..berharap dapat bertemu lgi ramadhan akan datang..Ya Allah Aku Memohon Keampunan Daripada Mu..Ampuni Dosa-dosa Aku Ya Allah..
'Berkaitan Blog'..bulan depan @ 8 minggu agak sibuk dengan larian yang akan disertai..nanti hamba akan post pasal entri-entri berkaitan larian yang hamba sertai..diharap diberi kesempatan..nanti juga hamba akan update pasal coin peringatan..rasanya ada lagi dua kot yang belum cerita..dan koleksi mug nescafe yang baru dapat..hujung bulan 8 jugak insyallah akan dapat baju dgn mug 100plus..nanti hamba akan cerita jugak..
ok la..sampai sini sahaja cerita hamba..selamat menyambut syawal dan selamat hari raya aidilfitri..berhati-hati di jalan raya..dan jangan dilupa kepada saudara-saudara kita yang menyambut syawal tidak seperti kita..akhir sekali dari hamba..tak salah untuk mengumpul kekayaan tapi jangan dilupa kehidupan di sana yang selama-lamalah..cari @ simpan lah bekalan untuk ke sana..
sekian
wassalam
No comments:
Post a Comment