Hari ini akan kongsikan larian aku yang pertama..maksudnya join event yang pertama kalinya..kalau hari aku lari..tiap2 hari aku lari..hehe..ni adalah 1st event larian yang aku sertai NTCRC Run 2014..larian ini diadakan di nibong tebal, penang.ia dianjurkan oleh Nibong Tebal Chinese Running Club kalau tak silap..larian ini diadakan pada 27 april 2014 dihadapan bangunan NTCRC..masa 7.00 pagi. Terdapat dua kategori iaitu fun run & competition run..utk fun run ni hanya 4km dan tiada had masa dan sesuai untuk semua lapisan masyarakat dan akan diberi sijil peryertaan jika habiskan larian ini..untuk competition run jaraknya adalah 9.2km dan dibahagikan mengikut beberapa katori berdasarkan umur..kalau lari mengikut masa yang ditetapkan akan dapat medal..Yuran untuk competion rm20 dan fun run rm10..aku join yang fun run ja..haha..tngok 9km nampak gayat..hehe..
Walaupun yuran dikenakan rendah, layanan yang diberikan begitu terbaik sekali..macam-macam makanan disediakan..semua adalah percuma untuk setiap perlari..jadi amat berbaloi-baloi kalau follow larian ni..minuman vico pun ada..hehe..menurut seorang brother yang aku jumpa..dia kata event ni walaupun murah..macam2 dia bagi..jadi tak rugi walaupun join..kalau tahun2 hadapan ada lagi..jangan lupa untuk join..
ok..kembali kepada larian aku..masa larian aku time ni 23.48 minit..last2 dalam 200 meter aku berhenti kjap..haha..habis nafas..pastu buat hero lari smpai garisan penamat..haha..walaupun malu nak citer aku punya larian..aku bangga la..dapat jgak habiskan..walaupun orng kata cuma fun run..tapi bagi aku macam dah join full marathon penang bridge..hahaha..besa la 1st event..cari pengalaman dulu..nnti lama2 jadi hero la..haha..nnti event2 seterusnya aku akan perbaiki lagi masa dan jarak larian..hehe..dekat sini yang aku boleh kongsikan kalau nak lari tima permulaan jgn berada di belakang2..haha..nnti anda akan rasa tekanan dengan orng yang lari slow @ berjalan didepan anda..hehe
setakat ni citer aku pasal running ni..walaupun dah lama aku lari..masih ingat lagi moment2 yang indah dalam larian ini..haha..macam poyo ja..haha..kat sini aku sertakan sijil yang dapat masa larian ni..jap g kata aku tipu plak..hahaha
sekian
Wassalam
11:45 (6 Jun 2014)
No comments:
Post a Comment