semoga sihat sentiasa..hari ini hamba hendak kongsikan mengenai syiling peringatan yang hamba ada..ini adalah syiling yang terakhir dalam simpanan hamba..maksud hamba ni syiling last yang hamba ada untuk dikongsikan..syiling ini dibuat kerana untuk memperingati 80 Tahun Angkatan Tentera Malaysia (ATM).. seperti yang kita ketahui dlm ATM ni ada tiga sayap yang memimpin untuk mempertahankan keselamatan negara kita iaitu darat, laut dan udara..
Mengenai Syiling ini??ia adalah keluaran yang terakhir syiling peringatan bagi tahun 2013..syiling ini dikeluarkan pada 23 Disember 2013 yang lalu..dan boleh diperolehi di semua cawangan BNM Malaysia..tapi kalau nak cari sekarang memang dah tak dijual di BNM..mengenai design syiling ni, pada bahagian hadapan adalah gambar aset ketenteraan ATM itu sendiri utk ketiga2 sayap iaitu kapal selam, jet perjuang dan kereta kebal..manakala pada bahagian belakang logo ATM itu sendiri..design memang cantik..boleh tengok di bawah ni..
syiling ni dikeluarkan didalam tiga material..sama seperti keluaran syiling yang lepas..cuma kuantiti agak sedikit jika dibandingkan dengan syiling 50 tahun Pembentukan Malaysia..mngkin disebabkan tujuan pengeluaran itu sendiri yang menyebabkan jumlah nya dikurang sedikit..berat silver proof jugak berbeza berbanding dengan syiling penubuhan Malaysia..kesemua jenis dikeluarkan kurang berbangding keluaran yang lepas, cuma set of 3 dan nordic gold je sama..boleh rujuk di jadual dibawah utk lebih detail..
Pengalaman??oleh kerana ini yg ke3 hamba datang beratur jadi dah mcm lali dah dengan peragai orang yang beratur ni..sama mcm yg lepas bertegur sapa pada yang hamba kenali melalui beratur2 dripda edisi2 yg lepas..hamba rasa utk syiling ni jumlah orng yang datang beratur kurang sedikit berbangding yg lepas..polis pun kawal dengan baik sekali..hamba hanya beli 1silver proof dan 5 coin card sahaja..coin card dihadkan 5 kepada setiap orang..
sorry gambar coin agak malap..hamba x perasaan dah bt post ni baru perasaan..hehe..kalau tak puas hati tngok boleh cari kat penjual dan beli..hehe..mmm lagi satu kena dapatkan coin card..sebab coin card dia bagi hamba memang cun..hamba tak share la plak..jadi cari la sendiri..ok la sampai sini sahaja..tngah menunggu syiling peringatan yg seterusnya utk tahun ini selepas syiling hubungan Malaysia dan China..hehe..x sabar rasanya..harap2 lagu lawa dan duit pun ada utk beli..hehehe..tnggu cerita hamba yang seterusnya..hehe..bnyak lagi yg nak dikongsikan..
sekian
wassalam
10:51 (27 Ogos 2014)
No comments:
Post a Comment