Pages

Saturday, October 11, 2014

Numismatik (Part 5 : Wang Replacement)

Assalamualaikum..

Hari ini hamba nak kongsikan mengenai wang replacement..apa benda tu??hehe..nnti hamba akan ceritakan lebih detail..sekadar pemahaman yang hamba faham..kalau ada salah silap harap diperbetulkan..hamba bukan otai numis..setelah sekian lama mendiamkan diri dalam dunia numismatik ni..ni hamba kongsikan sedikit ilmu yg hamba ada..sebelum tu..hamba mohon maaf sebab kata nak kongsikan mengenai dirham..tapi disebabkan beberapa masalah teknikal mengenai pengambilan gmbar..jadi terpaksa postpone dulu..hehe..ok

Apa itu replacement??..dalam senikata bahasa melayu adalah gantian..dalam erti kata numismatik wang replacement ni adalah wang gantian..wang kertas ini dicetak apabila berlakunya kerosokan, kesilapan atau sebagainya untuk mengantikan wang yg rosak tersebut..setiap wang yang rosak ini akan digantikan dengan wang replacement ini..itulah yang dipanggil wang gantian

Macam mana nak kenal??..ok..wang replacement ini dicetak dengan prefix yg tertentu bagi membezakan dengan wang asal..pada siri yg baharu ini, wang kertas kebiasanya akan bermula dengan prefix AA dan seterusnya AB, AC, dan seterusnya..jadi utk wang replacement ini ia akan dicetak dengan prefix yang khas..utk siri baharu ini kebiasaanya bermula dengan Z..dan diingtkan bahawa ada jugak siri2 lain yang wang replacemnt bukan bermula dari Z..sebagai contoh utk siri ke 6 keluaran 1986-1995..prefix yang dicetak bagi wang ini antara NE-NY dan PA-PW..manakala utk replacement akan bermula dengan prefix NZ..berbeza kan..utk tahu lebih lanjut boleh membeli buku rujukan..kerana perincian lebih detail..

Tak semua Z replacement??..mcm mna tu..hehe..ok..utk RM1 siri 11..cetakan 2000 hingga seterusnya..ada jugak prefix yg bermula dengan Z bukan replacemnt..contohnya ZG-ZV..ini bukan duit replacemnt..ia adalah duit keluaran biasa..dan repacement utk siri ini adalah ZA-ZE dan ZW..dari sini boleh ditaksirkan tak semua prefix yg bermula dgn Z adalah replacement..

Apa yang best??..msti ada yg tertanya2 apa yg best nye duit replacement ini..yg best nye nilai duit ni replcement adalah tinggi..ini kerana pengeluarang yg sedikit, sukar dicari menjadi faktor penting kepada nilai wang replacement ini..ini menjadi faktor kepada pengumpul wang lama berlumba2 mencari wang replacement..

Replacement yg tak berapa tinggi nilainya??..ada jgak wang replacement yg tidak menjadi..atau dari senikata lain adalah tidak terlalu berhaga..pekara ini berlaku mngkin disebabkan pengeluaran wang asal yang mempunyai kerosakan yg banyak..bila kerapnya terjadi kerosakan pada wang yg dicetak..wang gantian utk menganti wang asal jugak akan meningkat kuantitinya..ini dapat dilihat pada RM10 prefix replcemnt ZB..terlalu banyk di pasaran dan begitu mudah utk mendapatkanya..

ok..ni serba sedikit perkongsian hamba mengenai replacement ni..kalau nak tahu lebih lanjut..boleh beli buku rujukan wang lama @ cari kat internet..kalau beli buku rujukan wang lama..boleh dapatkan list terus duit apa yg replacement..hehe..senang cerita..bukan apa..x semua duit tu boleh dianggap replacement..yg tertentu sahaja..tambah2 wang yg siri lama..smpai sini perkongsian hamba..see u next time..

sekian
wassalam

06:47 (12 Oktober 2014)

No comments:

Post a Comment