Selamt menyambut syawal yg ke-4..semoga sihat sentiasa..doakan untuk saudara kita di Gaza, Palestin..semoga diberi kekuatan dan ketabahan menembuh ujian dunia..hari ni hamba buat entri ni untuk share jersey penang..hehe..bagi yang tak tau boleh tengok..sebelum masuk season baru baik hamba gtau cepat2..nnti dah tak best bila keluar jersey baru..
ok..jersey ni dipakai oleh team penang..dan jersey yang hamba nak tunjuk adalah home bagi pasukan penang..hehe..penang ada 3 kit..home, away dan 3rd kit..home macam biasa warna biru...away warna putih dan 3rd kit warna hijau..3rd kit lain sikit dia punya design boleh cari kat tenet..hehe..sebab hamba tak ada untuk ditunjuk..yg away sama design macam home cuma warna nya putih..jap g boleh tengok kat bawah jersey home macam mana..
persembahan pasukan??..tahun 2014 ni penang bermain di liga perdana..iaitu liga kedua selepas liga super..dalam liga ni team lebih mantab berbanding dengan liga FAM yang disertai penang..dalam liga ni boleh mengunakan khidmat permain import..kalau liga FAM tidak dibenarkan..penang ada 3 permain import kalau tak silap..hehe..dah lupa dah..sebab duk berapa kali duk tukar permain import..persembahan permain begitu baik sekali..mendapat tempat ke-3 dalam carta liga dibawah PDRM dan Felda United..
misi??..setelah tahun ini gagal layak ke liga super kerana berada di tangga ke-3..untuk pengetahuan hanya juara dan naib juara sahaja layak ke liga super..jadi misi tahun hadapan untuk ke liga super..iaitu liga yang paling atas dalam sukan bola sepak di Malaysia..walaupun tahun 2014 ni penang tak layak..tapi penang masih boleh meneruskan cabaran di dalam Piala Malaysia..dalam piala malaysia ni dia main macam world cup..hehe..sebab ada group..ada 4 kumpulan dan penang berada dalam group C..bersama-sama pasukan JDT, ATM dan Kelantan..jika dilihat team2 ni semua power2..diharap penang dapat memberi saingan yang kuat pada pasukan lawan..perlawanan piala malaysia akan bermula pada 13/08 iaitu penang akan berlawan dengan ATM di stadium selayang, selangor..time piala malaysia ni tak tahu la team penang nk pakai jersy mana..hehehe..tnggu dah lihat..ok..kat bawah ni boleh tengok jersey penang untuk tahun 2014 ni.
sempoi x??..hehe..harga dia pun sempoi jugak la..hamba beli rm90.00 tu yg beli satu ja..yg away pun cantik..bajet x ada nak beli dua2..hehe..tpi padan dengan harga sebab material yang digunakan pun ringgan..tengok brand la..hehe..england pernah pakai kot brand umbro ni..hehe..ok la setakat ni sahaja cerita hamba..
sekian
wassalam
21:51 (31 Julai 2014) (4 Syawal 1435)
No comments:
Post a Comment