Pages

Thursday, July 31, 2014

Jersey Penang 2014

Assalamualaikum..

Selamt menyambut syawal yg ke-4..semoga sihat sentiasa..doakan untuk saudara kita di Gaza, Palestin..semoga diberi kekuatan dan ketabahan menembuh ujian dunia..hari ni hamba buat entri ni untuk share jersey penang..hehe..bagi yang tak tau boleh tengok..sebelum masuk season baru baik hamba gtau cepat2..nnti dah tak best bila keluar jersey baru..

ok..jersey ni dipakai oleh team penang..dan jersey yang hamba nak tunjuk adalah home bagi pasukan penang..hehe..penang ada 3 kit..home, away dan 3rd kit..home macam biasa warna biru...away warna putih dan 3rd kit warna hijau..3rd kit lain sikit dia punya design boleh cari kat tenet..hehe..sebab hamba tak ada untuk ditunjuk..yg away sama design macam home cuma warna nya putih..jap g boleh tengok kat bawah jersey home macam mana..

persembahan pasukan??..tahun 2014 ni penang bermain di liga perdana..iaitu liga kedua selepas liga super..dalam liga ni team lebih mantab berbanding dengan liga FAM yang disertai penang..dalam liga ni boleh mengunakan khidmat permain import..kalau liga FAM tidak dibenarkan..penang ada 3 permain import kalau tak silap..hehe..dah lupa dah..sebab duk berapa kali duk tukar permain import..persembahan permain begitu baik sekali..mendapat tempat ke-3 dalam carta liga dibawah PDRM dan Felda United..

misi??..setelah tahun ini gagal layak ke liga super kerana berada di tangga ke-3..untuk pengetahuan hanya juara dan naib juara sahaja layak ke liga super..jadi misi tahun hadapan untuk ke liga super..iaitu liga yang paling atas dalam sukan bola sepak di Malaysia..walaupun tahun 2014 ni penang tak layak..tapi penang masih boleh meneruskan cabaran di dalam Piala Malaysia..dalam piala malaysia ni dia main macam world cup..hehe..sebab ada group..ada 4 kumpulan dan penang berada dalam group C..bersama-sama pasukan JDT, ATM dan Kelantan..jika dilihat team2 ni semua power2..diharap penang dapat memberi saingan yang kuat pada pasukan lawan..perlawanan piala malaysia akan bermula pada 13/08 iaitu penang akan berlawan dengan ATM di stadium selayang, selangor..time piala malaysia ni tak tahu la team penang nk pakai jersy mana..hehehe..tnggu dah lihat..ok..kat bawah ni boleh tengok jersey penang untuk tahun 2014 ni.



sempoi x??..hehe..harga dia pun sempoi jugak la..hamba beli rm90.00 tu yg beli satu ja..yg away pun cantik..bajet x ada nak beli dua2..hehe..tpi padan dengan harga sebab material yang digunakan pun ringgan..tengok brand la..hehe..england pernah pakai kot brand umbro ni..hehe..ok la setakat ni sahaja cerita hamba..

sekian
wassalam

21:51 (31 Julai 2014) (4 Syawal 1435)

Sunday, July 27, 2014

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Assalamualaikum..

Ramadhan sudah berakhir..kini tiba syawal yang dinanti..dikesempatan ini hamba ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada pengunjung blog ini..mmm walaupun x ada yang berkunjung sanggt..hehe..didalam kita menyambut syawal yang mulia ini jangan la dilupa kepada saudara-saudara kita di Gaza, Palestin..mereka menyambut syawal didalam peperangan..semenjak dari ramadhan lagi mereka bertubi-tubi diserang..semoga mereka kuat dan tabah untuk menembuh segala dugaan dunia yang sementara ini..marilah kita bersama-sama mendoakan kesejahteraan mereka..diharap Allah s.w.t sentiasa merahmati mereka.. Salam Syawal Untuk Gaza..Kami disini sentiasa mengingati kamu wahai saudaraku di Gaza.. #PrayForGaza..

agak lama juga hamba tak update blog ini..terlalu sibuk mempersiapkan diri dalam di ramadhan..berharap agar dapat bertemu dengan ramadhan yang akan datang..terlalu sedikit amal ibadat yang dapat dibuat di ramadhan ini..berharap dapat bertemu lgi ramadhan akan datang..Ya Allah Aku Memohon Keampunan Daripada Mu..Ampuni Dosa-dosa Aku Ya Allah..

'Berkaitan Blog'..bulan depan @ 8 minggu agak sibuk dengan larian yang akan disertai..nanti hamba akan post pasal entri-entri berkaitan larian yang hamba sertai..diharap diberi kesempatan..nanti juga hamba akan update pasal coin peringatan..rasanya ada lagi dua kot yang belum cerita..dan koleksi mug nescafe yang baru dapat..hujung bulan 8 jugak insyallah akan dapat baju dgn mug 100plus..nanti hamba akan cerita jugak..

ok la..sampai sini sahaja cerita hamba..selamat menyambut syawal dan selamat hari raya aidilfitri..berhati-hati di jalan raya..dan jangan dilupa kepada saudara-saudara kita yang menyambut syawal tidak seperti kita..akhir sekali dari hamba..tak salah untuk mengumpul kekayaan tapi jangan dilupa kehidupan di sana yang selama-lamalah..cari @ simpan lah bekalan untuk ke sana..

sekian
wassalam

10:45 (28 Julai 2014) (1 Syawal 1435)

Monday, July 14, 2014

Syiling Peringatan 50 Tahun Muzium Negara (2013)

Assalamualaikum..

dan selamat berpuasa..hari ini hari ke-17 berpuasa dah hari nuzul al-Quran..semoga kita memperbanyakan ibadat kepada Allah s.w.t..disamping itu juga tidak lupa untuk berdoa kepada saudara kita yang berada di bumi palestin..semoga diberi ketabahan dan kekuatan di dalam diri mereka..

hari ini hampa nak kongsikan syiling peringatan yang dikeluarkan oleh BNM..syiling ni dah lama keluar..iaitu tahun 2013..hampir setahun baru nak cerita..hehe..sebenarnya ini adalah syiling pertama yang hamba start beli..dari sini la..hamba terus berjuang untk mendapatkan syiling lain yang akan dikeluarkan..

Mengenai syiling ini?? syiling ini dikeluarkan sempena 50 tahun ulang tahun muzium negara..sempena 50 tahun penubuhan muzium..design hadapan syiling ini adalah muzium negara dan design dibelakang nya adalah rakyat malaysia yang berbilang kaum..syiling ini dikeluarkan 2 september 2013..boleh didapati di semua cawangan BNM di seluruh malaysia..disini hamba sertakan gmbar yang dikeluarkan oleh BNM..


syiling ini dikeluarkan dalam 3 material iaitu emas, perak dan nicke-kuprum..sama seperti syiling yang diceritakan oleh hamba pada entri yang lepas..jumlah keluaran boleh rujuk pada gambar dibawah..terbahagi kepada beberapa set..


Pengalaman??oleh kerana ini pembelian pertama hamba banyak pengalaman yang ditembuhi..hamba mula bergerak dari rumah pkul 6.00 pagi..selepas subuh..bajet macam awal..sebab x pernah pergi kan..1st time nak pegi beratur..sebelum pergi dah tau akan kena beratur dahulu..melalui fb ada rakan yang memberitahu akan ada yang beratur awal..jadi dengan kedatangan hamba ini keluar pkul 6.00 diharap tak ramai..pkul 6.30 sampai..dah ada beratur panjang..hampir seratus lebih orang beratur..pastu beratur mcm biasa..pkul 9.00 baru BNM akan dibuka..semasa beratur ada diedarkan no beratur yang dikeluarkan oleh orang yang tidak bertanggungjawap..kesannya dapat dilihat apabila semasa BNM dibuka..ramai yang datang potong barisan..alasanya kerana mereka datang awal untuk ambil no..ini tidak adil kerana mereka beratur dari awal ini menimbulkan tidak puas hati kepada orang ramai yang datang awal beratur..polis bantuan terpaksa mengawal demi mengelakan orang potong barisan..bagi siapa yang ada no terpaksa beratur semula untuk memberi keadilan pada semua pihak..no hamba kalau tak silap 200 lebih..pkul 10.30 mcm tu baru smpai giliran saya..dan set of two sudah habis..hanya dapat beli single silver dan coin card sahaja..dibawah adalah silver saya yang berjaya mendapatkannya..hehehe..



cantik kan design dia..hehe..sampai sini sahaja perkogsian hamba mengenai syiling peringatan malaysia..masih ada 2 syiling lagi yang belum cerita..hehe..akan diceritakan pada masa akan datang..hehe..ok..smpai sini sahaja..maaf tiada gambar coin card..

sekian
wassalam

08:40 (15 Julai 2014)


Friday, July 11, 2014

Milo Juara Hidup Bola 2014

Assalamualaikum..

dan selamat berpuasa..hari ini masuk hari ke 13 kita berpuasa..selamat menunaikan ibadat puasa dengan baiknya..dikesempatan ini juga marilah kita berdoa kepada saudara kita yang berada di palestin semoga mereka tabah dan kuat mempertahankan tanah air mereka..dan semoga tentera zionis tercundang di tangan perjuang-perjuang yang mempertahnkan palestin..diharap mereka memperoleh kemenangan..aminn..

hari ini hamba nk share sedikit mengenai satu program yang dibuat oleh milo malaysia.iaitu program milo juara hidup bola 2014..program ini adalah program penebusan untuk mendapat figure permain bola sepak dan jersey bola keluaran milo..diingtkan bahawa program ini telah tamat..pada program ini hamba lebih berminat untuk membuat penebusan baju berbanding dengan patung..x elok kalau simpan patung2 ini..ok program ini dijalankan selama 2 bulan dan setiap bulan ada 2 baju dan 2 patung untuk ditukar..jadi akan ada 4 design baju dan 4 patung yang boleh ditebus..

macam mna untuk penebusan??mudah saja kita dikehendaki mengumpul barkod milo utk setiap produk milo @ resit pembelian milo tin..setiap barkod mempunyai jumlah mata yang berbeza..kita hendaklah mengumpul mata tersebut untuk melakukan penebusan..dan setiap borang hnya boleh tebus 3 item sahaja..untuk penebusan baju mata yang perlu dikumpul adalah 40 mata dan 20 mata bagi patung..banyak jgak la yang perlu dikumpul..lepas dah kumpul kena la rajin buka website milo..sebab setiap minggu mereka akan update tempat untuk penebusan..hehe..disini boleh lihat iklan pada borang..


nampak kan baju dan patung yang boleh ditukar..kalau bnyak penebusan dibuat anda jugak berpeluang utk memenangi baju yang ada tandatangan messi dan c.ronaldo..hehe..x minat pun nak dapat..just minat untuk baju je..hehe..ini adalah 3 baju yang hamba tebus..baju england x tebus sebab nak mcam lambang salib..x elok kan untuk dipakai..




nak kumpul barkod milo ni susah jugak la..sebab kat rumah x ada yang minum milo..jadi terpaksa la collect kotak2 milo tepi jalan..setiap kotak yang sedang tu 1 mata..jadi untuk 1 baju kena collect 40 kotak..hehe.. tapi ada la semua ditambah jugak dngan plastik2 milo yang dijumpai..jadi x ada la bnyak sanggat nak kena kumpul..baju ni just utk collect dan suka2 sahaja..ni adalah bukti pengumpulan yang telah hamba buat..



sepanjang tempoh ni sebnyak 6 baju berjaya ditebus = 240 mata yang perlu dicari..hehe..dan belum cerita time beratur lagi..hehe..mmng pnjang orang yang dtang beratur..seawl jam 9 dah start tnggu pasarraya untk buka..hehe..apa2 pun ni hanya untuk suka2 kumpul..hehe..tngah tnggu baju dan mug dari 100plus plak..hehe..lambt lagi bulan 8 baru dapat tau result..diharap penjelasan hamba ni faham la ye..hehe

sekian
wassalam

00:32 (12 Julai 2014)

Sunday, July 6, 2014

Selamat Menyambut Ramadhan

Assalamualaikum..

Rasanya belum terlambat lagi untuk mengucapkan selamat menyambut ramadhan dan salam ramadhan..kesibukan kerja menyebabkan agak sukar untuk meluangkan masa di blog..disamping menyediakan entri2 yang terbaik untuk dikongsikan..Sekarang sudah masuk puasa yang ke-9..diharap semua mempebanyakan amalan dan bersedekah di bulan yang mulia ini..bersama-sama kita bermunasabah diri untuk menjadi seorng muslim yang terbaik dan mendapat keredhaanNya..

Ramadhan kali ini dismbut dengan suasana yang meriah sekali..banyak gerai2 dan pasar ramadhan yang boleh didapati di sekitar kepala batas..'my hometown'..didalam kesibukan menyambut ramadhan ini jangan la lupa kepada orang2 yang berada di dalam kesusahan..marilah kita membantu mereka meringgankan beban mereka dan berkongsi kegembiraan ramadhan bersama mereka..pastikan juga kita menunaikan zakat fitrah..salah satu kewajipan yang harus ditunaikan pada bulan yang mulia ini..

diharap ramadhan ini dapat menjadikan kita seorang muslim yang soleh dan solehah dan sentiasa beramal kebaikan..disini juga saya ingin memberitahu bahawa blog ini akan diupdate dengan pengunaan bahasa yang sesuai supaya pengunjung dapat memahami apa yang ingin diceritakan..pengunaan bahasa diri akan ditukarkan kepada hamba, den daripada mengunakan  aku..hehe..rasa mcm kasar plak kalau guna aku kan..sekian dari hamba selamat menyambut ramadahan hanya setahun sekali ia datang pada kita..marilah mengunakan masa yang ada untuk mempertingkatkan lagi amalan kita..salam..

sekian
wassalam

06:54 (07 Julai 2014)