Pages

Saturday, February 21, 2015

Penang Series Run 2014/2015 (SPT)

Assalamualaikum..

Hurrghh..berapa lama tak update blog..ini adalah kerana kesibukan kerja dan keletihan diri yang melanda..hehe hampir sebulan jgak la hamba tak buka blog ni..ada je rintangan yang menganggu..time semangat nak tulis entri..blogger plak problem tak boleh bukak..apa2 pun hari ni kuatkan diri jugak utk tulis entri, walaupun esok kena prgi kerja..hehe..hari ni hamba nk kongsikan entri mengenai larian..iaitu larian penang series, seberang perai tengah..walaupun dah lama dah larian ni..hamba nak kongsikan jugak..mngkin ada cerita yg hamba dah lupa..tapi gambar sebagai penganti..hehe..

mengenai larian??..ni adalah circuit yg terakhir larian dlm penang series bagi penggal 2014/2015..larian ini dimulakan di bangunan MPSP, Perda..mcm biasa la..hamba masuk fun run je..iaitu 7km jaraknya..pada circuit ni jugak diperkenalkan kategori baru iaitu family run..lari dgn anak..kalau tak silap dlm 3km je jarak nya..yuran mcm biasa utk fun run rm25 je..ok..larian ni diadakan pada 11 jan 2015 yg lalu..sekrang dah bulan 2..berapa lama nya larian ni dah lepas..hehee..format semuanya sama mcm yg lepas2..boleh rujuk pada entri hamba yg lama..


Perlumbaan??..hamba ingt lagi..time permulaan tu..memang hamba dtng lewat..hehe..orng dah start dlm 2 minit cm tu..baru hamba sampai dan start lari..hehe..selamat ada jugak yg lewat datang..x ada la sorang2..hehe..masa race ni la menguji kekuatan setelah berminggu2 tak praktis..memng penat abis..rasanya dlm 2km..hamba dah stop lari..jalan je..memang stamina tak ada..lama tak exercise plak..pakai terjun je..memang sakit la..hehe..masa rasanya hampir sejam jgak la hamba ambil utk habiskan larian..hehe..ni gambar sijil dan medal yg hamba dapat..hehe





haa..sebelum terlupa..ni baju yg hamba dpt..sama mcm circuit yg lepas..disbabkan pada entri yg lepas hamba tak kongsikan..hamba kongsikan disini..baju putih dan ada cop di depan dan belakang..depan gambar orng tngah lari..boleh rujuk pada gmbar di bawah..hehe



Baikpulih??..mmm dah x ingat dah apa yg nak dikomenkan..hehe..lama dah baru nak share mcm ni la jadinya..hehe ok la..smpai sini sahaja perkongsian hamba..nntikan perkongsian hamba yg lain..hehe..

sekian
wassalam

00:40 (22 Februari 2015)

Friday, January 23, 2015

Syiling Peringatan Sambutan 75 Tahun Taman Negara (2014)

Assalamualaikum..

Hari ini hamba nak kongsikan syiling peringatan yang dibeli pada tahun lepas..hehe..syiling peringatan sempena sambutan 75 tahun taman negara..sebenarnya duk nak ceritakan..tapi sibuk sikit dgn tngguh2 jadi tak sempat nak ceritakan pada tahun lepas..hehe..

ok..syiling ni dikeluarkan sempena 75 tahun penubuhan taman negara..yang berada di negeri pahang dan meliputi sebahagian negeri2 lain..dikelurkan pada 28 november 2014..dijual di semua cawangan BNM..syiling ni mendapat permintaan yg tinggi terutamanya bagi kaum tionghua @ cina..ia disebabkan keunikan syiling ini yg tersendiri yg mempunyai gambar harimau pada muka syiling tersebut..menurut cerita dari rakan hamba..time ni hamba datang beratur makin jauh dari sebelum2 ni..pkul 6.30 pagi hamba dah terpacak datang beratur..orang memang ramai..mngkin disebabkan hebohan awal sebulan yg diumumkan oleh BNM..tu yg orng semua pakat plan betul2..hehe..anggaran kasar yg hamba dapt bt rasanya dlm 350 orng la kot..memang ramai..dibawah ni ada design syiling tersebut beserta dgn spesifikasi yg dikeluarkan..



ni adalah silver coin yang sempat hamba rembat..hehe..coin card dapat beli 5 keping je..dihadkan seorang 5 keping..jadilah kan dari x ada..dibawah adalah smbar silver coin yang hamba beli..coin card lupa plak nak tngkap gmbar..malas nk bwak kluar..dah simpan dlm peti besi..hehehe



ni je yg dpt hamba ceritakan..diharap tahun 2015 ni lebih cantik coin peringtan yg dikeluarkan..kalau boleh keluaran kan la dlm 3 4 issue ke..hehe..jenuh cari duit..hehe..jom kita tnggu syiling apa yg bakal dikelurkan oleh BNM pada tahun 2015 ini..

sekian
wassalam

23:32 (23 Januari 2015)

Monday, January 5, 2015

Penamat Larian Tahun 2014

Assalamualaikum..

Selamat menymbut tahun baru, tahun masihi 2015..hari ni hamba hendak konsikan cerita larian hamba sepanjang tahun 2014..hehe..

Pada tahun ini hamba telah sertai 10 larian dngan jarak yg berbeza-beza..pelbagai pengalaman yang hamba tempuhi..dari sini menjadi medan utk hamba membuktikan kekuataan fitness hamba..ceyy..hehe.dimulakan dengan larian di nibong tebal..larian NTCRC anjuran kelab larian nibong tebal..dengan jarak yg pendek iaitu 4km sahaja..sehingga la ke takasima run dgn jarak larian 14km..dari sini hamba belajar utk terus kehadapan..pelbagai larian yg hamba sertai telah diceritakan di dalam blog..

dari larian amal sehingga la ke fun run dan competion run..pada tahun ini jugak hamba ketinggalan dalam menyertai 2 event larian diatas kelewatan iaitu penfurnex run dan tanjung run..hehe..memng agak mengecewakan jgak la..diharap tahun hadapan akan lebih punctual..hehe..dan terlepas utk mendapatkan medal dlm takasima run..event larian yg hamba sertai ini juga membantu hamba utk sentiasa lebih bersukan dan memantapkan diri disamping menurunkan berat badan..hehe..dgn sertai larian seperti ini membantu hamba utk melatih diri supaya lebih tahan lasak dan lebih berdaya saing..

kurang dari setahun hamba sertai larian2 seperti ini..jadi memerlukan lebih bnyak masa dan pengalaman utk memantapkan diri dlm larian..terlalu letih, kurangnya fitness, teknik larian, permakanan dan sebagainya perlu hamba tambah baik dan pelajari lagi..mula2 sertai larian ni memng agak mencabar dgn training yg tidak cukup ditambah pengetahuan yg kurang..membuat kurangnya stamina dan dari segala aspek..

diharap pada tahun 2015 ini..hamba dapat utk menyertai larian yg lebih jauh..half-marathon menjadi target hamba utk tahun 2015 ini..diharap dapat utk menrealisasikanya..hehe..akhir kata..ini la koleksi medal hamba utk tahun 2014 ni..hehe


sekian
wassalam

22:38 (05 January 2015)