Pages

Tuesday, September 23, 2014

Escape Penang

Assalamualaikum..

Hari ni hamba nak kongsikan pengalaman hamba pergi bermain di escape..ok..sebenarnya event ni dianjurkan oleh company hamba bekerja..untk deparment yang hamba bekerja..sapa yg berminat boleh join..tak ramai pun yang join sebenarnya..tak sampai 50% dari jumlah staff di deparment hamba tu..ni sebab free..hamba join la..event ni dibuat pada 11 September yang lalu..hari khamis..dah lama dah pun..

Mengenai escape??..berada di teluk bahang, pulau pinang..escape ni tempat untuk kita menguji ketahanan fizikal dan mental kita..semua permainan dia ada tahap yang tertentu..ia dibuka dari pkul 9.00 pagi sehingga 6.00 petang..dan hari Isnin ia tutup..kaunter untk pembelian tiket ditutup pada pkul 4.30 petang..kira nya kalau dah lepas pkul 4.30 petang dah tak boleh masuk..nak pergi sini kena datang awalbaru dapat join semua permainan..hehe..yuran masuk plak adalah seperti berikut..4 - 12 tahun (RM45), 13 - 60 tahun (RM60) dan 60 keatas (RM45)..kat sini ada lebih dari 10 game yang terdapat disini semua best2..

hamba nak ceritakan pengalaman hamba saja..hehe..kami dibahagikan dalam kumpulan..setiap kumpulan ada lebih kurang 6-7 orang..dan dikehendaki mengabiskan 6 game yang telah ditetapkan..dan kumpulan yang masa yang paling pantas akan menerima hadiah dari pihak escape dan company..

Monkey Business
Ni game pertama kumpulan hamba main..dia ada tiga level..dan kami hanya dikehendaki bermain di level satu sahaja..level ni mempnyai ketinggian yg berbeza..level 1 lebih rendah dan level 3 paling tinggi..di monkey business ni kami dikehedaki menghabiskan setiap halangan yang ada..contohnya melintasi tali, dan game kat sini semua jarak yg pendek2 dan mempnyai disiplin permainan yang berlainan..

Flying Lemur
ok..ni game kedua kami..game ni adalah  flying fox..iaitu kita dikehendaki melintasi jalan dari satu pokok ke satu pokok..game ni agak menakutkan jugak la..hehe..tinggi lebih kurang 2 setengah tingkat..kita dikehendaki pergi dan balik..jadi ada 2 trip disini..kat sini safety dia agak kurang la..sbb tiada tali keselamatan tambahan yg disediakan..kita hnya berharab kepada role sahaja..kalau role pcah..kat bawah la kita..

Go Ape
Game ni rasanya paling senang diantara 6 game yang hamba bt..game ni kita dikehendaki menaiki pokok dan membunyikan loceng yg berada diatas..tapi hendak naik tu agak mencabar jgak la..sbb dia pnya pegangan utk panjat agak kecil dan lincin..

Tarzan's Rope
dengar pun dah tau dah permainan ni mcm mna..hehe..kita dikehendaki bergayut seperti tarzan..hehe..tinggi jugak la..game ni agak bt hamba cemas jgak la...sbb tak pernah bergayut dalam jarak yg tinggi..hehe..kira kita bergayut pada tali tu..dan tnggu smpai tali tu berhenti sndiri la..hehe..tnggi dia dlm 5meter kot..x ada la tnggi snggt..tapi daya turjahan tu..perhh..bt berdengup jgak la jntung..hehe 

Atan's Leap
atan leap ni paling menakutkan..ramai yg pergi sekali hamba kata ni yg paling menakutkan..game ni kita dikehendaki terjun dalam 20m dari atas bangunan..perhh..memang menakutkan la..rasanya dlm 4 tingkat kot..memang gayat kot..mula2 naik tu rasa rendah je..bila duduk atas..perh berketar2 kaki..hehe..tapi memng layan abis la..hehe

Gecho Tower
ni game yg last hamba main..game ni kita dikehendaki naik bangunan melalui halangan yang dibuat..dan masa akan diambil apabila berjaya selesaikan permainan ni..kalau nak main game ni kena cepat dan pantas naik..tngok brother yg jaga tu naik 5 saat je..hamba naik 31 saat..hehe..kena training selalu boleh la..

ok..sampai sini sahaja yang boleh hamba kongsikan..tak ada gambar sbb camera tidak digalakan digunakan..sbb akan bermain dgn permainan yg lasak..takut camera jatuh @ sebagainya..jadi tak ada gambar..untuk tahu lebih lanjut boleh lawat laman site disini.. hamba belnja sekeping gmbar medal yang team hamba menang..hehe..team hamba dapat no 1..jadi pihak escape bagi medal dan pihak company bagi baucer..best kot..hehe..sampai sini sahaja cerita hamba..


sekian
wassalam

23:07 (23 September 2014)

No comments:

Post a Comment