Hobi adalah sesuatu perkara atau perbuatan yang menjadi daya tarikan didalam diri yang menjadi kepuasaan untuk dilakukan sama ada fizikal atau rohani..huraian dari hamba la..haha hobi ni banyak maksud nya..boleh rujuk kepada yang lebih mahir
Sebenarnya yang hendak diceritakan di entri ni adalah mengenai hobi aku..nama pun blog ak...jadi cerita pasal aku je la..hehe hobi aku banyak sebenarnya yang plan nak buat @ sudah buat. Hobi aku sekarang ni terbahagi kepada beberapa bahagian numisnatik, kumpul barang, running @ lari, kumpul dirham dan tengok anime..setiap perenggan aku akan huraikan setiap hobi aku ni..
Numisnatik ni hobi berkaitan dengan wang @ duit yang digunakan untuk beli barang yang baru @ lama..huraian pandai2 dari hamba ni lagi la..haha..kat sini plak boleh terbahagi kepada beberapa jenis syiling, wang kertas lama dan baru..untuk syiling plak kita boleh simpan mengikut tarikh pengeluaran, keydate ataupun jumlah keluaran yang sedikit dan error. Semua ni aku ada simpan..tapi x ada la bnyak snggt mcm otai2 lama..ada tahun yang x lengkap lagi..error ni macam duit rosak la..Untuk duit kertas plak kita boleh simpan dari segi siri keluaran..tau tak hampa semua..duit malaysia ni ada berapa siri keluaran..kalau x tau p google..boleh jugak simpan mngikut 1st prefix dan last prefix bagi setiap siri..prefix adalah abjak yang ada kat no siri duit tu..dan jugak replacemnt..duit gantian..yg ni nnti citer lain..panjang snggt kalau nak citer..Macam aku ni semua tu collect..atas sebab faktor wang yang rendah..jadi ada yang mana ada je..aku jugak ada simpan duit siri baru mengikut 1st prefix smpai latest..rm5 dan rm20 ok..ikut flow..rm10 dengan rm1 banyak yang x ada..sampai sini saja pasal hobi numisnatik aku ni..nnti aku bt entri lain..untuk cerita lebih detail..
Kumpul barang ni merujuk kepada hobi aku yang suka mengumpul barang seperti baju dan cawan..selalu nya benda2 ni dapat dalam peraduaan @ free gift bila beli barang..untuk baju setakat ni yang aku ada baju lee chong wei dengan baju brazil world cup milo..yang lain akan menyusul tiba..cawan plak cawan milo yang aku dapat dri KFC..sebenarnya hobi yang ni aku baru menjinak2..jadi x ada la banyak barang sangat..tapi aku memang suka kalau kena collect apa2 pastu tukar dapat baju ke cawan ke..apa2 je la..janji kena collect pastu tukar..hehe..selalunya milo dengan 100plus la yang selalu buat benda2 ni..nanti aku akan upload semua benda yang aku collect pada entri2 depan dan akan lebih specifik..baju penang pun aku collect kot..haha..haria penang haria..
Running merujuk kepada lari dalam bahasa melayu nya..hehe..sebenarnya lari ni mula2 aku buat sebab nak bagi stabilkan BMI aku yang telah overweight ni ja..tapi bila dah lama2 mula rasa best dan syok bila duk lari..jadi aku jadikan ia satu hobi dalam hidup aku..dengan hobi aku ni la aku mula masuk fun run..mula2 syok2 je..lama2 rasa macam best plak..aku dah masuk 2 fun run..dan akan menyusul lagi 3 lagi larian..punya ketagih teruk p daftar lari walaupun duit tak ada..setakat ni aku punya target lari bawah 5km ja..nak bagi ada stamina dulu..tahun depan baru daftar utuk 5-10km..hehe..nanti aku citer lagi pasal running yang aku masuk..best ooo..haha
Tengok anime..bagi yang tak tau..anime ni citer kartun yang dibuat di jepun..dari pemahaman aku la..aku punya faverot mestilah naruto dan one piece..sanggup tunggu download walaupun berjam-jam..memang best citer ni..yang one piece tak tau la bila nak abis..rasanya anak aku dah besar dan boleh baca blog aku baru abis kot..haha..naruto duk nampak macam nak abis dah..citer ni memang memberi impak besar dalam diri aku..hehe kamen rider pun layan jugak..haha..nnti aku cerita detail lagi..ni just intro..haha
kumpul barang dan dirham lain..haha..dirham ni aku buat satu topic baru..senang nak explain..dirham adalah matawang yang dibuat dari perak..dalam islam pun digalakan guna dirham sebagai medium pembelian barang..tapi sebab agenda yahudi..tercipta la wang semua ni..dan dirham tidak digunakan..first sekali dirham ni aku minat sebab dia punya design tu cantik dan ada macam-macam dirham yang ada mengikut yang keluarkan dirham itu sendiri..setakat ni aku ada lebih dari 20 jenis dirham..hehe..masih mencari beberapa dirham yang rare dan sukar didapati..tapi kena ingat cukup 200 dirham kena kluarkan zakat..jangan duk buat lupa plak..nnti aku akan ceritakan lagi pasal dirham-dirham ni..
Tamat sudah cerita pasal hobi aku ni..aku rasa macam ada je lagi..haha..x per kalau ada yang aku terlupa nanti aku tambah..ni baru abis hobi yang aku dah buat..yang belum buat dan dalam perancangan adalah aku nak p mancing..mancing ni dari kecik lagi aku minat..tapi sebab2 tertentu aku terpaksa hold dulu..yang kedua adalah aku punya hobi yang dalam perancangan adalah backpacker..hahaha..hobi untuk merantau dengan membawa beg galas belakang..haha..ni punya hobi aku nak buat dari zaman aku belajar poli lagi..tapi atas sebab tertentu terpaksa hold jugak..aku harap hobi ni dapat menjadi knyataan aku..hahaha..
mesti pelik orang hobi satu dua ja..aku dah tiga empat lima..hahaha..lain orang lain cerita rasa..macam blog jgak la..lain blog lain cerita..haha..cerita untuk anak..betapa owhseemm nya aku ni..
wassalam
23:36 (2 jun 2014)
No comments:
Post a Comment