Pages

Sunday, June 29, 2014

Jersey Penang 2013

Assalamualaikum..

Hari ni aku nak kongsikan jersey penang untuk tahun 2013..hehe walaupun dah setahun, rasanya x salah nak kogsi jersey tahun lepas..hehe..blog aku kan..hehe..ok time ni penang main untuk liga FAM iaitu liga devisyen 3..1st mesti la liga super dan 2nd liga perdana..liga FAM ni kira liga bawahan la..hehe..tapi x per aku still support..

ok..return back ke jersey..sebenarnya ada 3 design untuk jersey ni..aku beli yang home punya..nak beli semua x mampu..haha..jersey home warna biru, away warna pink dan 3rd kit warna oren..3rd kit dengar kata lagi rare sebab x bnyak keluar..hehe..mmm oren dgn pink aku pelik sikit mcm mna boleh jadi warna tu..sedangkan kat bendera penang x ada pun warna pink dengan oren ni apatah lagi pada logo FAP ( Football Association of Penang)..nama pun english..kehkeh

ni adalah jersey home untuk penang utk season 2013..untuk away dah 3rd kit boleh cari kat mr google..hehe..bukan apa..benda kita x ada..jadi x dapat la nak share..baju home ni bagi aku memang cun abis la..class gitu..hahaha sponsor baju ni adalah dari JOMA..brand dari italy..mmm kira power la..sebab club valencia pun pakai..hehe..di bawah ni aku ada upload jersey..mmm di balakang jersey ni ada tulis Pulau Pinang..hehe..lupa nk capture..hehe..



bagi siapa yang tak tahu..time pakai jersey ni la penang juara liga FAM dan tahun depan aka tahun ini (2014) hehe penang akan main liga perdana..dah abis season pun main liga perdana..hehe penang dan PBAPP layak main untuk liga perdana..masa main liga FAM ni penang hnya kalah sekali pada jiran setempat iaitu PBAPP..tu pun dah antara game last..untuk tahun 2014 ni nnti aku akan upload jersey penang..lagi meriah orang kata..hahaha ok..sampai sini sahaja cerita aku..haria penang haria..haha

sekian
wassalam

14:52 (30 Jun 2014)

Friday, June 27, 2014

Syiling Peringatan 40 Tahun Hubungan Diplomatik Malaysia-China (2014)

Assalamualaikum..

1st entry aku untuk aku menceritakan pasal syiling peringatan..sebelum ni ada aku cerita pasal syiling peringtan di malaysia..aku terpaksa tak ikut flow keluaran yang aku ada untuk diceritakan..sebabnya hari ni aku baru lepas beli syiling peringatan ini..hehe..jadi nak cerita pun banyak idea dan masih terpahat..hehe keluaran yang lepas nnti aku cerita lain yang mana aku ada..

ok..coin ni dikeluarkan sempena 40 tahun hubungan malaysia dan china..dan masa ni jugak PM kita Dato' Najib pergi china..aku pun masih belum lahir masa malaysia buat hubungan dengan china..hehe syiling ni mendapat sambutan yang amat tinggi sebab nye punya la ramai orang datang..selalunya aku datang beratur dalam pkul 7.00 pagi untuk coin yang sebelum ni..yang ni aku try la mai awal sikit pkul 6.30 pagi sebab hari jumaat kan..nanti kalut plak nak p smbahyang..rupa2 nya ada lagi awal..sebenarnya dah tau dah mesti ada orang yang dah start tnggu..tapi yang menjadi kejutan adalah ramainya orang yng datang..x seramai keluaran yang sebelum ni..dipendekan cerita 5 jam lebih jgak la aku beratur..hehe kat bawah ni boleh tngok berapa panjang nya orang datang beratur..hehe..mmm runner taukey2 besar jgn tnya ada berapa..rasa setngah dari yg beratur tu semua runner..angaran kasar orng yang datang dlm 3++ lebih rasanya..





ni plak detail dan design mengenai syiling ni..korang decide la sendiri cantik ke x..hehe tapi set single silver agak banyak jgak la..hehe


dan ini plak yang aku pnya..huhu..kena letak jgak sebagai bukti beratur panjang..sampai nk tercabut lutut..hehe




ni je yang dapat aku ceritakan...hehe..rasnya bnyak gmbar dari cerita..hehe biar gambar yang berbicara..hehe..dengar kata akan keluar lagi coin baru..kering la poket den..hehe

sekian
wassalam

21:44 (27 Jun 2014)

Sunday, June 22, 2014

Numismatik (Part 4 : Coin Card)

Assalamualaikum..

entri lepas den ada cerita pasal syilling peringatan..tapi rasa macam x lengkap je cerita..lupa aku nak selitkan pasal coin card..tu la orang nak buat blog dia pun nak buat..hehe kan dah jadi merapu..hehe follower pun x ada..tah sapa yang datang baca pun x tau..hehe mmm x per lagipun aku buat blog ni just nak cerita apa yang ditulis..ayat nak bagi sedap diri sendiri..hahaha ok..coin card ni adik beradik syiling peringatan la..kalau korang perasaan aku ada cerita pasal nordic gold @ nickel campur apa tah..hehe yang ni la dipanggil nordic gold..jap g korang tngok sample kat bawah ye mcm mna..

coin card ni la dipanggil syiling peringtan..hehe tapi dia dibuat dari nordic gold seperti aku mention kat atas..kalau silver dan gold dipanggil pruf @ peruf..betul ke x aku eja..hehe yang ni special sikit dia letak dalam kotak cantik punya..alang2 tu aku cerita terus la lagi detail..macam merapu ja entri aku buat lepas..hehe..ok silver ni dia ada set of two & single & set of three..set of two dia letak silver dgn nordic gold..kalau single silver saja..kalau set of three letak nordic gold, silver dan gold..tiga2 sekali..tapi untuk yang cari gold saja pun ada..yang tu single set of gold..gold saja..setiap set ni dia akan letak dalam kotak yang cun..dan ada series number..kira set yang korang ada tu..berada no berapa..pastu dia ada bgitau spesifikasi barang tu..contohnya berat, diameter dia punya kuantiti campuran bahan logam dan ada cerita serba sikit pasal syiling tu..contoh nya kalau syiling muzium..dia ada la cerita pasal muzium..asal usul ke apa ke..tapi pendek je la..dia buat mcm kad je..nnti aku buat entri pasal syiling peringtan apa nanti boleh lihat contoh dia..ok ni baru jelas sikit kan..dari entri yang lepas..hehe

kembali kepada coin card..ok..coin card ni dia letak dalam kad biasa ja..tapi dia lebih detail cerita pasal coin tu sendiri..tak seperti set2 yang aku cerita kat atas tdi..coin card ni lebih simple..harga dia selalunya rm10 time BNM keluarkan..tu kalau pergi beli sndiri la..kalau beli atas orang dah jadi harga lain..coin card ni pun ada nilai yang tersendiri..sebab apa aku kata mcm tu..sebab coin card ni lebih menarik sebab ada explanation dan diletakan dalam card..kalau set tu dia letak dalam bekas je..bekas macam orang letak jam tu..lebih kurang la..hehe coin card pun boleh simpan sebagai perlaburan jgak..tpi x sedasyat set2 lain la dari segi harga dia..sebab coin card ni dijual dalam kuantiti yang banyak sikit..jadi senang untuk didapati..tapi kalau macam coin card yang lama2..harga dia..paham2 la..pergi tnya en google..haha.. keluaran coin card ni sama macam aku cerita dalam jadual pada entri syiling peringatan..ok kat bawah ni aku ada letak contoh coin card..hehe


ni je yang aku ada..baru duk bergiat dalam bidang ni..hehe..ok kalau nak lagi cun cari plastik..letak dalam plastik..coin card akan lebih terpelihara sikit..hehe aku duk cari plastik ni sampai sekarng x jumpa2..hehe tnya orang yang jual coin card pun mereka bgtau mereka beli je kat kedai plastik..hehe terjamin sikit kan klau ada plastik kan..coin card akan lebih tepelihara sikit..hehe ok la..nnti aku akan cerita setiap syiling peringatan yang aku ada..hehe..ok se u next entri..kiki

sekian
wassalam

23:17 (22 Jun 2014)

Saturday, June 21, 2014

Numismatik (Part 3 : Syiling Peringatan Malaysia 1999-2013)

Assalamualaikum..

Dah lama x update blog..hehe sibuk dengan urusan kerja..ok harini nak cerita sikit pasal syiling peringatan malaysia..ni pun dah menjadi salah satu hobi aku..pada post entri Hobi diri aku aritu rasa nya x mention pun pasal hobi ni..hehe dah banyak snggt hobi kan collect2 ni smpai dah terlupa..duit syiling ni dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) sebagai tanda kenang kenangan sesuatu peristiwa @ ulang tahun penubuhan apa2 @ ada buat event yang besar2..hehe 

syiling peringatan ni dikeluarkan dengan kuantiti yang tertentu je..maksud lain ialah limited..jadi sapa ada syiling peringatan ni memang rare la..dari info yang diambil dari BNM..diorang start kluar syiling ni dari tahun 1969 hingga sekarang..tpi kat entri ni nak cerita pasal syiling dari tahun 1999 smpai sekarang je..sebab dia dah malas nk cari  bwah pada tahun tu kat BNM..hehe lagipun rasanya start tahun ni je yang famous sikit..hehe..kalau nak tau lagi lanjut boleh cari buku pasal benda ni..contohnya boleh cari kat buku Malaysia, Brunei & Singapore Banknotes & Coins keluaran K.N Boon..kat sini ada citer semua duit syilling peringtan malaysia..semua lebih detail..kat blog ni just pertunjuk awal..hehe

ok..syiling ni dikeluarkan dalam 3 nilai iaitu RM1, RM10 dan RM100..tapi x semua follow nilai..kira ini majoriti..utuk RM1 diperbuat daripada cooper & nickel @ nordic-gold, RM10 plak dari perak dan Rm100 dari emas..nilai ni bukan harga dia plak tau..jap g duk ingat emas tu BNM jual RM100..rugila..ni just nilai yang ditulis pada syiling je..harga dia ikut perkembangan..sebab emas dan silver ni harga dia berubah2..boleh rujuk kat buku tu berapa ringgt BNM keluarkan..tapi kalau nak dapat harga BNM keluarkan memang x dapt la..barang limited bro..hehe..dia ikut kuantiti yang sedikit, tahun yang makin lama dan sukar nak dapat..kira makin mahal la..tapi selalunya nak dapat harga BNM keluar x dpt la..melainkan anda beli kat BNM sendiri..nak dapat kena beratur panjang bro..hehe..aku pun ada beberapa keluaran je utk silver dan nordic-gold..nak beli emas x dapt la..seribu kot harga dia..ok..beli syiling peringatan ni boleh dianggap sebagai perlaburan jugak..sebab harga dia akan meningkat dan ada nilai dia yang tersendiri..jadi x rugi utk collect & simpan..nnti aku cerita issue mana yang aku ada..hehe

ok..sampai sini saja citer aku pasal syiling peringatan malaysia ni..kalau nak tau lebih lanjut beli la buku dan rajinlah cari2 kat tenet pasal info syiling peringatan ni..ni aku cerita yang mana aku tahu je..hehe..kat bawah ni aku ada buat jadual tarikh keluaran untuk syiling peringatan..tpi x semua ada..aku ambil yang mana ada dalam website BNM je..boleh rujuk sini..nnti aku cerita lagi pasal benda ni.. 




sekian
wassalam

00:22 (22 Jun 2014)

Monday, June 16, 2014

Baju 100 Plus On The Move

Assalamualaikum..

Hari nak kongsikan salah satu baju kesayangan aku..hehe..baju ni aku dapat masa tahun lepas '2013'.. ni bukan calang2 baju..kena kumpul benda dulu baru bleh dapat..hehe actually baju ni aku dapat sebab join 100plus..diorang ada buat promosi tebus dan menang..tebus label 100plus and menang baju @ botol air.. promosi ni nama nya 100 Plus On The Move.. barangan baju dan botol air yang dapat ni adalah koleksi Dato' Lee Chong Wei..sapa x kenal x tahu nak kata apa la..permain perseorangan badminton negara..

ni aku nak citer macam mna nak dapat..hehe tapi dah lepas la..haha bagi korang yang teringin tu jeles sikit..yang x ada perasaan buat x tau dah..haha ok dia ada 3 koleksi baju dan botol untuk ditebus..semua cun2..aku hanya mampu untuk tebus 1 baju ja..sebab time tu aku LI x ada masa nak cari label tu..kalau nak tengok koleksi lain boleh rujuk sini..selamat 100plus x padam lagi campaign ni..hehe 

aku memang suka jenis yang kumpul2 dan tebus ni..hehe x tau la dah kenapa..tpi bagi koleksi ni sedih jgak la..sebab ada satu je..huhuh..bukan senang 100 plus nak bt semua ni..kalau ada lagi join la..ni tngah hot pasal world cup..100plus dah bt untuk tebus baju dan mug..dah 4 mug dan 1 baju aku dah antar..nnti aku update bila dah dapat..tngah duk collect untuk tebus design lain plak..kali ni 100 plus bawak kluar 6 design baju dan mug..hehe smua cun2.. 

ni aku kongsikan baju yang ku dapat..ada tulisan On The Move dibelakang baju..cun habis..hehe korang jangan risau 100 plus punya baju..gred elok pnyak..ni saja aku nak kongsikan..hehe..nnti akan ada lagi..hehe




sekian
wassalam

19:07 (16 Jun 2014)

Friday, June 13, 2014

Numismatik (Part 2 : Tahun Keluaran Syiling)

Assalamualaikum..

Hari ni aku nak cerita pasal duit syiling pulak..cerita pasal tahun dan jumlah keluarannya..kalau yang masih tak tahu syiling malaysia ni sebenarnya dah melalui 3 siri yang dikeluarkan oleh BNM @ bank negara malaysia..kalau yang x tau tu baik pindah negara..duduk pun bukan nak ambil tau..hehe sebenarnya apa yang aku nak bagitau ni  aku dapat dari internet dan komen2 dalam facebook dan dimana2 saja..hehe jadi bukan 100% kerja aku la..lagipun duit syilling mula keluar tahun 1967..aku pun masih belum wujud..macam mna aku nak cerita kalau x rujuk kat sumber lain..hehe

Ok..apa yang aku nak citer ni adalah untuk siri 1 & 2 saja..dan cerita aku x ada la detail snggt..just a basic knowledge..(hahaha speaking plak) bagi yang masih belum tau lagi syiling malaysia ada 1sen, 5sen, 10sen, 20sen, 50sen dan 1ringgit..bagi yang x tau jugak mngkin dia anak orang kaya..beli apa2 pun pakai kredit card..haha..tahun keluaran utuk setiap syilling ni berbeza2 dan ada yang tahun yang tidak dikeluarkan..mungkin mesin buat syiling rosak @ malas nak cetak..hehe lawak ja..maybe sebab2 tertentu

setiap syiling ada value dia yang tersendiri..contohnya variety, jumlah pengeluaran dan error..aku nak cerita pasal jumlah keluaran..tapi x ada la citer snggt..nnti aku sruh kome semua tngok gmbar yang aku buat je..dari situ korang semua akan lebih faham..penat kot nak buat jadual..heheh

lagi satu aku nak citer untuk 50 sen tahun 1967, 1968 dan 1969..dia ada dua variety iaitu security edged dan milled edge..gambar boleh cari kat tenet..aku belum ada duit tu..mainan otai smua tu..hehe..haa ada lagi satu untuk 1ringgit ada dua variety jugak iaitu $1 dan 1 pada muka depannya..kalau nak tngaok gmbar jgak boleh google..sebab aku pun x ada lagi..hehe

apa yang aku nak tunjuk untuk tahun pengeluaran adalah untuk duit 10sen, 20sen, 50 sen dan 1 ringgit..untuk 1sen dan 5sen x ada..boleh google jugak..haha..mesti korang semua menyampah asyik suruh google je..padahal nak citer snggat dlm blog..hehe kira ok la aku citer jgak kan..hehe walau sebutir dua..haha..untuk 1 sen dia ada bnyak variety..nak cerita aku pun berapa mahir..ni adalah benda yang aku nak tunjuk kat korang..haha penat buat wei..haha just for sharing..yang biru untuk siri satu dan yang hijau untuk siri dua..ada yang xlengkap contohnya untuk tahun 2010 dan 2011 sebab masih duduk kira..hehe untuk siri tiga pun belum dapat tau lagi..ni saja dari aku untuk kali ini..hehe









sekian
wassalam

03:09 (14 Jun 2014)

Tuesday, June 10, 2014

Numismatik (Part 1 : Pengenalan)

Assalamualaikum..

Hari ni aku nak kongsikan sedikit info pasal numismatik..pada entri yang lepas2 aku ada ceritakan kan serba sikit dalam entri Hobi Diri Aku..numismatik ni besar dia pnya cabang dia..hehe..nak citer nak start mcm mna pun x tau..haha..OK2..bagi yang x tau numismatik @ numis ni hobi pasal simpan wang2 lama x kira la dalam @ luar negara..termasuk la dngan syiling, wang error, syilling error..hobi ni mmng best..kalau dapat sesuatu item yg kita nk mmng memberi kepuasan yang snggt besar pada kita..hahaha(gelak hero)..tu kira antara cabang2 dia la dlm numis ni..a

hobi ni dah semakin meluas..dan korang boleh la google pasal hobi..mcm2 benda @ info yang kita boleh dapat..dalam hobi ni dia ada seller, collector, kedua2 nya dan pemusnah..haha pemusnah ni aku saja je tambag2..seller ni slalu nya yang jual item @ koleksi yang ada..selalunya golongan ni dia just jual je..x bt untuk collection pun..collector ni plak jenis membeli..haha...kira dia ni mcm aku la..haha just beli je..item nak jual x dak..haha.golongan ni kira mmng suka collect..@ mmng x jual koleksi depa..untuk smpanan mereka..je..ketiga adalah seller @ collector jenis ni dia smpan dan  jual..klau ada simpanan yang lebih dia akan jual la..untuk rotate beli barang lain plak..hehe..

kat mana boleh korang semua join benda ni..kat facebook ada berpuluh-puluh group pasal numisnatik..rajin dgn tak je nak follow semua ni...tapi x semua group active..kat sini boleh la menambahkan info @ berkenalan dengan geng2 numis..diorang semua baik2..haha..x lokek ilmu punya la..boleh jagak nak beli @ jual item korang..tapi kena follow la rule yang admin buat..nnti x pasal2 kena kick plak..haha..kat sini aku share beberapa group yang aku selalu terjah..

Kemaruk Duit Lama

Kedai Hantu Duit 2

Kelab Numismatik Malaya

Auction Straight Money Gallery

memng banyak la group numis ni..x terlarat den nak bagtau semua..kira ni yang femes la orang join..ok selain dari itu juga..korang  boleh la beli buku-buku pasal numis ni..banyak ada jual..korang boleh tambah ilmu korang pasal numis ni..kat dalam group tu pun ada jual rajin2 la cari..hehe..

ni kira pasal entri pasal pengenalan pasal numis..nnti aku akan share koleksi yang aku ada..tpi x ada le hebat snggt mcm otai2 kat luar tu..kira bagi ada ja..haha..dan aku akan cerita lagi pasal numismatik ni..hehe bestt ooii..ni semua aku just cerita mcm tu je la..kalau nak lebih detail boleh la rujuk buku2 @ group yang aku bagitau kat atas tu..

sekian 
wassalam

06:16 (10 Jun 2014)

Saturday, June 7, 2014

Red Ribbon Run 2014

Assalamualaikum..

Pada 18 May 2014 yang lepas,aku masuk lagi running untuk kali kedua..ni fun run jugak la..ia dianjurkan oleh budak final year school of communication,usm untuk projek akhir diorang. jarak larian hanya 3.5km..hehe..pendek je..tpi larian ni menyeksakan..haha..jap g aku cerita lebih detail..larian ni mengenai kesedaran HIV dan AEDS..boleh rujuk yang tulis kat baju di bahagian belakang..utk lebih detail..bayaran yang dikenakan rm10..murah snggt..dah la dapat baju lagi..merah menyala..tapi cun baju dia..cuma ukuran dia pelik sikit..sebab aku ambil saiz L tapi dia pnya lebar pelik lain mcm..besar sikit je..hehe..ada cabutan bertuah tapi kena jawap soalan dulu pastu baru boleh join..larian ni macam larian untk AEDS dan HIV..jadi soalan2 dia memang berkaitan ke arah tu la..hehe..aku memang x jawap la..sbb aku memang zero trus pasal benda2 ni..nak google pun..tenet x ada..hehe

 ni baju yang dapat

ni bahagian belakang

sebelum larian pihak pengajur ada menyediakan air minuman dan roti sebagai breakfast..dalam kertas event ni start dalam pukul 7..mendaftar dan taklimat smpai pkul 8..pastu ada senamrobik bagai smpai pkul 9.00..pkul 9.00 lebih baru start lari..larian dimulakan dengan perempuan dulu pastu baru lelaki..ok larian dia perh..mencengkam jiwa..bila tngok dia pnya plan larian mcm senang je..ala 3.5km pun..dia pnya trek berbukit-bukit..dan maklumla kawasan USM..sapa pernah datng tau la mcm mna..bukit dia 45 degree mencank..hehe..dalam 200 meter jgk la..tu x kira bukit2 kecil yang anak2..x tau la ada berapa..hehe..memng mencabar larian ni walaupun 3.5km je.dah la 1st time lari kawasan bukit2 mcm tu..memng semput la..tpi dapt jagk kontrol hero..hahaha..habiskan larian..walaupun joging2 anak..hehe..tpi dia ada 2 water station walaupun jarak pendek kira ok la kan..sapa dahaga boleh berhenti minum..hehe dan ada 4 check point..setiap check point dia akan bagi ikat rambut tanda kita dah lalu..takut budak2 usm lain ambil jalan short cut kot..hehe apa2 pun masa tamatkan larian 23.49 minit..ok la kan..hehe 1st running kawasan bukit..hehe..bila tmatkan larian dapat goodies bag..dalam tu ada sijil peyertaan, minuman tin, baucer kecantikan, 3in1 air apa tah dan yang paling penting dapat baucer subway..haha tpi available kat subway sg dua je..hehe

event yang bagus semua serba lengkap dengan kemudahan dia..kira berbaloi la bayar rm10 dapat macam2..ingat senang ke..nk bt mcm tu..haha..tpi agak mengecawakan tentang kawalan lalu lintas..sbb setiap simpang diorang kena sedia sorang dua untuk jaga lalu lintas..ada simpang yang jaga cuma x bnyak la..runner plak kena perhati depan belakang kiri kanan..mngkin ni 1st event yang dibuat..jadi ada la yang x cukup..apa2 pun good event..hehe terbaik..bawah ni sijil yang dapat..sijil dia pun cantik..nama terpaksa tutup atas sebab2 tertentu..hahaha..ok la..setakat ni citer pasal red ribbon run..tnggu citer pasal running lain plak..dah dftar dah 3 running..hehe


sekian
wassalam

13:09 (8 Jun 3014)

Friday, June 6, 2014

Mug Milo Breakfast KFC

Assalamualaikum..

Hari ni nak kongsikan mug milo yang aku dapat dari kfc..walaupun dah berabad-abad dapat mug ni, hari ni aku nak kongsikan jugak..hehe sebab blog ni pun baru lagi..jadi bnyak la benda2 yang lepas aku nak share kan dalam blog ni..promosi ni bermula dari 1 september 2013- 31 oktober 2013..selama 2 bulan promosi ini diadakan..kalau tengok kepada tarikh promosi dan tarikh entri ni ditulis..mmng jauh beza..haha

Selama 2 bulan promosi ini diadakan..ia terdapat 4 jenis mug untuk dikumpul dan promosi ini hanya di kfc dengan syarat-syarat yang tertntu..syarat dia kena p makan breakfast dekat kfc dengan mengambil combo milo combo @ breakfast milo feast..breakfast milo combo ni special sikit..kalau beli yang ni dapat 2 mug..hehe jadi setiap bulan 2 jenis mug yang dikeluarkan..selama cukup 2 bulan..kira dua bulan tu bnyak kali jugak la aku breakfast kat kfc..haha..bajet orng kaya la..sambil minum milo ais..huhu..

ok..design mug plak mstilah berbeza bagi setiap mug tu..jadi ada 4 design mug..setiap design tu lawa mengikut kepada tahun logo milo bertukar..boleh rujuk kat gambar kat bawah.. design nya mengikut tahun 1950, 1970, 1990 dan 2012..untuk design 1950 memang old skoll..gambar lembu den pun x paham pasal pa letak gmbr lembu..start 1970 depa dah pandai design logo..nmpak elok la sikit..ada ciri2 loga..hehe..tahun aku dilahirkan pun milo ni nak tukar logo jgak.tpi x berapa lawa snggt..2012 paling lawa..nmpak kreatif sikit logo milo ni..mungkin depa dah pro dalam mengunakan warna bgi  mencantikan design logo..haha ok..bukan logo sahaja yang terdapat kat mug tu gmbar orang bersukan pun ada jgak..macam nak bgtau la milo ni minuman yang berkhasiat dan sesuai diminum semasa bersukan..apa2 pun milo tetap cool..haha..ok la smpai sini sahaja citer sejarah mug milo yang aku dapat untuk tahun lepas..haha..nnti ada mug 100 plus FIFA world cup..x tau dapat ke x..hehe..





sekian
wassalam

09:05 (7 Jun 2014)

Thursday, June 5, 2014

NTCRC Run 2014

Assalamualaikum

Hari ini akan kongsikan larian aku yang pertama..maksudnya join event yang pertama kalinya..kalau hari aku lari..tiap2 hari aku lari..hehe..ni adalah 1st event larian yang aku sertai NTCRC Run 2014..larian ini diadakan di nibong tebal, penang.ia dianjurkan oleh Nibong Tebal Chinese Running Club kalau tak silap..larian ini diadakan pada 27 april 2014 dihadapan bangunan NTCRC..masa 7.00 pagi. Terdapat dua kategori iaitu fun run & competition run..utk fun run ni hanya 4km dan tiada had masa dan sesuai untuk semua lapisan masyarakat dan akan diberi sijil peryertaan jika habiskan larian ini..untuk competition run jaraknya adalah 9.2km dan dibahagikan mengikut beberapa katori berdasarkan umur..kalau lari mengikut masa yang ditetapkan akan dapat medal..Yuran untuk competion rm20 dan fun run rm10..aku join yang fun run ja..haha..tngok 9km nampak gayat..hehe..

Walaupun yuran dikenakan rendah, layanan yang diberikan begitu terbaik sekali..macam-macam makanan disediakan..semua adalah percuma untuk setiap perlari..jadi amat berbaloi-baloi kalau follow larian ni..minuman vico pun ada..hehe..menurut seorang brother yang aku jumpa..dia kata event ni walaupun murah..macam2 dia bagi..jadi tak rugi walaupun join..kalau tahun2 hadapan ada lagi..jangan lupa untuk join..

ok..kembali kepada larian aku..masa larian aku time ni 23.48 minit..last2 dalam 200 meter aku berhenti kjap..haha..habis nafas..pastu buat hero lari smpai garisan penamat..haha..walaupun malu nak citer aku punya larian..aku bangga la..dapat jgak habiskan..walaupun orng kata cuma fun run..tapi bagi aku macam dah join full marathon penang bridge..hahaha..besa la 1st event..cari pengalaman dulu..nnti lama2 jadi hero la..haha..nnti event2 seterusnya aku akan perbaiki lagi masa dan jarak larian..hehe..dekat sini yang aku boleh kongsikan kalau nak lari tima permulaan jgn berada di belakang2..haha..nnti anda akan rasa tekanan dengan orng yang lari slow @ berjalan didepan anda..hehe

setakat ni citer aku pasal running ni..walaupun dah lama aku lari..masih ingat lagi moment2 yang indah dalam larian ini..haha..macam poyo ja..haha..kat sini aku sertakan sijil yang dapat masa larian ni..jap g kata aku tipu plak..hahaha


sekian
Wassalam

11:45 (6 Jun 2014)

Monday, June 2, 2014

Hobi Diri Aku

Assalamualaikum

Hobi adalah sesuatu perkara atau perbuatan yang menjadi daya tarikan didalam diri yang menjadi kepuasaan untuk dilakukan sama ada fizikal atau rohani..huraian dari hamba la..haha hobi ni banyak maksud nya..boleh rujuk kepada yang lebih mahir

Sebenarnya yang hendak diceritakan di entri ni adalah mengenai hobi aku..nama pun blog ak...jadi cerita pasal aku je la..hehe hobi aku banyak sebenarnya yang plan nak buat @ sudah buat. Hobi aku sekarang ni terbahagi kepada beberapa bahagian numisnatik, kumpul barang, running @ lari, kumpul dirham dan tengok anime..setiap perenggan aku akan huraikan setiap hobi aku ni..

Numisnatik ni hobi berkaitan dengan wang @ duit yang digunakan untuk beli barang yang baru @ lama..huraian pandai2 dari hamba  ni lagi la..haha..kat sini plak boleh terbahagi kepada beberapa jenis syiling, wang kertas lama dan baru..untuk syiling plak kita boleh simpan mengikut tarikh pengeluaran, keydate ataupun jumlah keluaran yang sedikit dan error. Semua ni aku ada simpan..tapi x ada la bnyak snggt mcm otai2 lama..ada tahun yang x lengkap lagi..error ni macam duit rosak la..Untuk duit kertas plak kita boleh simpan dari segi siri keluaran..tau tak hampa semua..duit malaysia ni ada berapa siri keluaran..kalau x tau p google..boleh jugak simpan mngikut 1st prefix dan last prefix bagi setiap siri..prefix adalah abjak yang ada kat no siri duit tu..dan jugak replacemnt..duit gantian..yg ni nnti citer lain..panjang snggt kalau nak citer..Macam aku ni semua tu collect..atas sebab faktor wang yang rendah..jadi ada yang mana ada je..aku jugak ada simpan duit siri baru mengikut 1st prefix smpai latest..rm5 dan rm20 ok..ikut flow..rm10 dengan rm1 banyak yang x ada..sampai sini saja pasal hobi numisnatik aku ni..nnti aku bt entri lain..untuk cerita lebih detail..

Kumpul barang ni merujuk kepada hobi aku yang suka mengumpul barang seperti baju dan cawan..selalu nya benda2 ni dapat dalam peraduaan @ free gift bila beli barang..untuk baju setakat ni yang aku ada baju lee chong wei dengan baju brazil world cup milo..yang lain akan menyusul tiba..cawan plak cawan milo yang aku dapat dri KFC..sebenarnya hobi yang ni aku baru menjinak2..jadi x ada la banyak barang sangat..tapi aku memang suka kalau kena collect apa2 pastu tukar dapat baju ke cawan ke..apa2 je la..janji kena collect pastu tukar..hehe..selalunya milo dengan 100plus la yang selalu buat benda2 ni..nanti aku akan upload semua benda yang aku collect pada entri2 depan dan akan lebih specifik..baju penang pun aku collect kot..haha..haria penang haria..

Running merujuk kepada lari dalam bahasa melayu nya..hehe..sebenarnya lari ni mula2 aku buat sebab nak bagi stabilkan BMI aku yang telah overweight ni ja..tapi bila dah lama2 mula rasa best dan syok bila duk lari..jadi aku jadikan ia satu hobi dalam hidup aku..dengan hobi aku ni la aku mula masuk fun run..mula2 syok2 je..lama2 rasa macam best plak..aku dah masuk 2 fun run..dan akan menyusul lagi 3 lagi larian..punya ketagih teruk p daftar lari walaupun duit tak ada..setakat ni aku punya target lari bawah 5km ja..nak bagi ada stamina dulu..tahun depan baru daftar utuk 5-10km..hehe..nanti aku citer lagi pasal running yang aku masuk..best ooo..haha

Tengok anime..bagi yang tak tau..anime ni citer kartun yang dibuat di jepun..dari pemahaman aku la..aku punya faverot mestilah naruto dan one piece..sanggup tunggu download walaupun berjam-jam..memang best citer ni..yang one piece tak tau la bila nak abis..rasanya anak aku dah besar dan boleh baca blog aku baru abis kot..haha..naruto duk nampak macam nak abis dah..citer ni memang memberi impak besar dalam diri aku..hehe kamen rider pun layan jugak..haha..nnti aku cerita detail lagi..ni just intro..haha

kumpul barang dan dirham lain..haha..dirham ni aku buat satu topic baru..senang nak explain..dirham adalah matawang yang dibuat dari perak..dalam islam pun digalakan guna dirham sebagai medium pembelian barang..tapi sebab agenda yahudi..tercipta la wang semua ni..dan dirham tidak digunakan..first sekali dirham ni aku minat sebab dia punya design tu cantik dan ada macam-macam dirham yang ada mengikut yang keluarkan dirham itu sendiri..setakat ni aku ada lebih dari 20 jenis dirham..hehe..masih mencari beberapa dirham yang rare dan sukar didapati..tapi kena ingat cukup 200 dirham kena kluarkan zakat..jangan duk buat lupa plak..nnti aku akan ceritakan lagi pasal dirham-dirham ni..

Tamat sudah cerita pasal hobi aku ni..aku rasa macam ada je lagi..haha..x per kalau ada yang aku terlupa nanti aku tambah..ni baru abis hobi yang aku dah buat..yang belum buat dan dalam perancangan adalah aku nak p mancing..mancing ni dari kecik lagi aku minat..tapi sebab2 tertentu aku terpaksa hold dulu..yang kedua adalah aku punya hobi yang dalam perancangan adalah backpacker..hahaha..hobi untuk merantau dengan membawa beg galas belakang..haha..ni punya hobi aku nak buat dari zaman aku belajar poli lagi..tapi atas sebab tertentu terpaksa hold jugak..aku harap hobi ni dapat menjadi knyataan aku..hahaha..

mesti pelik orang hobi satu dua ja..aku dah tiga empat lima..hahaha..lain orang lain cerita rasa..macam blog jgak la..lain blog lain cerita..haha..cerita untuk anak..betapa owhseemm nya aku ni..

sekian
wassalam

23:36 (2 jun 2014)