Pages

Saturday, February 21, 2015

Penang Series Run 2014/2015 (SPT)

Assalamualaikum..

Hurrghh..berapa lama tak update blog..ini adalah kerana kesibukan kerja dan keletihan diri yang melanda..hehe hampir sebulan jgak la hamba tak buka blog ni..ada je rintangan yang menganggu..time semangat nak tulis entri..blogger plak problem tak boleh bukak..apa2 pun hari ni kuatkan diri jugak utk tulis entri, walaupun esok kena prgi kerja..hehe..hari ni hamba nk kongsikan entri mengenai larian..iaitu larian penang series, seberang perai tengah..walaupun dah lama dah larian ni..hamba nak kongsikan jugak..mngkin ada cerita yg hamba dah lupa..tapi gambar sebagai penganti..hehe..

mengenai larian??..ni adalah circuit yg terakhir larian dlm penang series bagi penggal 2014/2015..larian ini dimulakan di bangunan MPSP, Perda..mcm biasa la..hamba masuk fun run je..iaitu 7km jaraknya..pada circuit ni jugak diperkenalkan kategori baru iaitu family run..lari dgn anak..kalau tak silap dlm 3km je jarak nya..yuran mcm biasa utk fun run rm25 je..ok..larian ni diadakan pada 11 jan 2015 yg lalu..sekrang dah bulan 2..berapa lama nya larian ni dah lepas..hehee..format semuanya sama mcm yg lepas2..boleh rujuk pada entri hamba yg lama..


Perlumbaan??..hamba ingt lagi..time permulaan tu..memang hamba dtng lewat..hehe..orng dah start dlm 2 minit cm tu..baru hamba sampai dan start lari..hehe..selamat ada jugak yg lewat datang..x ada la sorang2..hehe..masa race ni la menguji kekuatan setelah berminggu2 tak praktis..memng penat abis..rasanya dlm 2km..hamba dah stop lari..jalan je..memang stamina tak ada..lama tak exercise plak..pakai terjun je..memang sakit la..hehe..masa rasanya hampir sejam jgak la hamba ambil utk habiskan larian..hehe..ni gambar sijil dan medal yg hamba dapat..hehe





haa..sebelum terlupa..ni baju yg hamba dpt..sama mcm circuit yg lepas..disbabkan pada entri yg lepas hamba tak kongsikan..hamba kongsikan disini..baju putih dan ada cop di depan dan belakang..depan gambar orng tngah lari..boleh rujuk pada gmbar di bawah..hehe



Baikpulih??..mmm dah x ingat dah apa yg nak dikomenkan..hehe..lama dah baru nak share mcm ni la jadinya..hehe ok la..smpai sini sahaja perkongsian hamba..nntikan perkongsian hamba yg lain..hehe..

sekian
wassalam

00:40 (22 Februari 2015)

Friday, January 23, 2015

Syiling Peringatan Sambutan 75 Tahun Taman Negara (2014)

Assalamualaikum..

Hari ini hamba nak kongsikan syiling peringatan yang dibeli pada tahun lepas..hehe..syiling peringatan sempena sambutan 75 tahun taman negara..sebenarnya duk nak ceritakan..tapi sibuk sikit dgn tngguh2 jadi tak sempat nak ceritakan pada tahun lepas..hehe..

ok..syiling ni dikeluarkan sempena 75 tahun penubuhan taman negara..yang berada di negeri pahang dan meliputi sebahagian negeri2 lain..dikelurkan pada 28 november 2014..dijual di semua cawangan BNM..syiling ni mendapat permintaan yg tinggi terutamanya bagi kaum tionghua @ cina..ia disebabkan keunikan syiling ini yg tersendiri yg mempunyai gambar harimau pada muka syiling tersebut..menurut cerita dari rakan hamba..time ni hamba datang beratur makin jauh dari sebelum2 ni..pkul 6.30 pagi hamba dah terpacak datang beratur..orang memang ramai..mngkin disebabkan hebohan awal sebulan yg diumumkan oleh BNM..tu yg orng semua pakat plan betul2..hehe..anggaran kasar yg hamba dapt bt rasanya dlm 350 orng la kot..memang ramai..dibawah ni ada design syiling tersebut beserta dgn spesifikasi yg dikeluarkan..



ni adalah silver coin yang sempat hamba rembat..hehe..coin card dapat beli 5 keping je..dihadkan seorang 5 keping..jadilah kan dari x ada..dibawah adalah smbar silver coin yang hamba beli..coin card lupa plak nak tngkap gmbar..malas nk bwak kluar..dah simpan dlm peti besi..hehehe



ni je yg dpt hamba ceritakan..diharap tahun 2015 ni lebih cantik coin peringtan yg dikeluarkan..kalau boleh keluaran kan la dlm 3 4 issue ke..hehe..jenuh cari duit..hehe..jom kita tnggu syiling apa yg bakal dikelurkan oleh BNM pada tahun 2015 ini..

sekian
wassalam

23:32 (23 Januari 2015)

Monday, January 5, 2015

Penamat Larian Tahun 2014

Assalamualaikum..

Selamat menymbut tahun baru, tahun masihi 2015..hari ni hamba hendak konsikan cerita larian hamba sepanjang tahun 2014..hehe..

Pada tahun ini hamba telah sertai 10 larian dngan jarak yg berbeza-beza..pelbagai pengalaman yang hamba tempuhi..dari sini menjadi medan utk hamba membuktikan kekuataan fitness hamba..ceyy..hehe.dimulakan dengan larian di nibong tebal..larian NTCRC anjuran kelab larian nibong tebal..dengan jarak yg pendek iaitu 4km sahaja..sehingga la ke takasima run dgn jarak larian 14km..dari sini hamba belajar utk terus kehadapan..pelbagai larian yg hamba sertai telah diceritakan di dalam blog..

dari larian amal sehingga la ke fun run dan competion run..pada tahun ini jugak hamba ketinggalan dalam menyertai 2 event larian diatas kelewatan iaitu penfurnex run dan tanjung run..hehe..memng agak mengecewakan jgak la..diharap tahun hadapan akan lebih punctual..hehe..dan terlepas utk mendapatkan medal dlm takasima run..event larian yg hamba sertai ini juga membantu hamba utk sentiasa lebih bersukan dan memantapkan diri disamping menurunkan berat badan..hehe..dgn sertai larian seperti ini membantu hamba utk melatih diri supaya lebih tahan lasak dan lebih berdaya saing..

kurang dari setahun hamba sertai larian2 seperti ini..jadi memerlukan lebih bnyak masa dan pengalaman utk memantapkan diri dlm larian..terlalu letih, kurangnya fitness, teknik larian, permakanan dan sebagainya perlu hamba tambah baik dan pelajari lagi..mula2 sertai larian ni memng agak mencabar dgn training yg tidak cukup ditambah pengetahuan yg kurang..membuat kurangnya stamina dan dari segala aspek..

diharap pada tahun 2015 ini..hamba dapat utk menyertai larian yg lebih jauh..half-marathon menjadi target hamba utk tahun 2015 ini..diharap dapat utk menrealisasikanya..hehe..akhir kata..ini la koleksi medal hamba utk tahun 2014 ni..hehe


sekian
wassalam

22:38 (05 January 2015)

Monday, December 29, 2014

Takasima Run 2014

Assalamualaikum..

Pada hari ini, hamba ingin kongsikan event larian yg hamba sertai..event yg paling jauh pernah hamba sertai..hehe..event larian yg hamba sertai itu adalah Takasima Run..ikuti cerita penuh di bawah ini..hehe

Mengenai larian??..takasima run 2014..larian ini diadakan di penang science park, bukit minyak..hampir setiap tahun event larian ini dibuat..dan ini 1st time hamba sertai..jarak larian adalah 14km..paling jauh yg pernah hamba sertai..ada jugak fun run iaitu 5km sahaja..diadakan pada 14 Dec yg lepas dan start larian pkul 7pagi..yuran penyertaan sbnyak rm35..hanya 100medal yg diberikan utk setiap kategori iaitu men open & veteren dan women open & veteren.kalau habiskan larian dpt sijil..baju dan topi diberi dlm event ini..gmbar baju boleh rujuk dibawah..cun jgak design dia..topi pun cun..tapi hamba lupa nk tngkap gmbar..hehe



perlumbaan??..lepas run hercules charity..hamba dah agak larian ni msti agak susah..memng pun..dgn jarak 14km..memng susah utk hamba habiskan dlm masa yg diinginkan..hal ini mngkin sbb masa training yg tak cukup..yela hari2 pegi keja 7pgi-7ptng..mmng x ada masa utk lari..fitness pun dah kurang..1st 4km hamba rasa ok lari..lepas tu trus stop dan jalan kejap..lepas 7km kaki rasa sakit..smpai 10km..lagi bertambh sakit..pastu hamba terus stop jalan dlm 3km sebelum penamat..mngkin kasut baru sama kot..kaki x berapa selesa..lagipun ni 1st hamba lari lebih dari 10km..hehe..memng padah yg dapat..hampir 2jam lebih hamba tamatkan larian..hehe..memang x dpt medal la..hamba hanya dpt sijil sahaja..seperti di bawah ni..hehe..haa siap sekali no cabutan bertuah hamba bagi..hehe


baikpulih??..mmm hamba bagi 3 setengah je dari 5..sbbnye..bnyak masalah jgak la..tapi x ada la kritkal snggt..cuma tandas kalau boleh dipertambahkan lagi..dan lagi kalau boleh guna trek larian lain..sbb jalan yg digunakan agak sempit pada sesetngah tmpat..agak bahaya bila lori besar lalu..tahu jela lori kalau orng bawak mcm mna..dan lagi lalulintas pada tempat2 yg bnyak kereta hndaklah ditambahkan lagi..lagi kalau boleh cabutan bertuah tu bt la time dah abis smua lari..cabutan bertuah memng bnyak..faham tidak dpt habiskan kalau satu2 sebut..skurng2nya utk hadiah yg top 10 ke..lakukan cabutan secara terbuka..sbb bila hamba tamat larian..tngok dah ada list utk setiap hadiah..x syok la mcm tu..kalau penganjur bt cabutan masa hamba smpai tak tahu la..hehe..mmm dan..hehe..medal tu kalau bleh bt la ikut masa penamat..hehe...banyak plak komplen kan..hehe..

ok lah..smpai sini sahaja cerita hamba..nnti hamba cerita lagi larian yg hamba sertai yg lain..hehe..belnja sekeping gmbar..dua keping je hamba tngkap..dan ini yg paling cantik..hehe..maklum la guna kamera hp je..ok..jmpa lagi..



sekian
wassalam

22:46 (29 Disember 2014)

Sunday, December 21, 2014

Hercules Charity Run 2014

Assalamualaikum..

Hari ini, hamba nak kongsikan satu event larian yg telah hamba sertai..dah nak hampir sebulan dah event ni hamba sertai..tapi x per just for sharing..

mengenai larian??..ok ini adalah larian utk charity dan bukan nya competitive run..larian sejauh 6km di padang belia, penang..event ini diadakan pada 30 nov yg lalu bersamaan dgn hari ahad..bayaran yang dikenakan adalah rm25 sahaja..dan kesemua bayaran yg dibayar akan disalurkan pada dua buah rumah kebajikan..walaupun hanya larian amal..tetapi top 10 akan dapat medal..dan terdapat empat kategori iaitu boy & girl junior dan men & women open..peserta juga akan diberi dry-fit t-shirt setiap orang..ia diberi sebelum perlumbaan..memang cantik t-shirt dia..warna putih & pink..boleh rujuk gambar dibawah..



perlumbaa??..memeng tak dapat utk lari tanpa behenti..hehe..berhenti banyak kali jugak la..memng hamba tak dapat lari kalau kawasan bukit2 ni..tak cukup stamina..hehe..tapi dpt jugak hamba habiskan larian..kekurangan latihan juga menjadi faktor lain..apa2 pun memng best event larian ni..walaupun utk charity, ada juga diberi keychain sebgai cenderamata dan sijil penyertaan kalau berjaya habiskan larian..cabutan bertuah pun ada..no akan diberi semasa tamatkan larian..diberi sekali dgn sijil dan keychain..boleh rujuk gambar dibawah..



baikpulih??..mungkin pada masa hdapan akan dibuat lagi dan diadakan lebih banyak hadiah cabutan bertuah..hamba tengok sponsar dah banyak dah..hehe..kalau diadakan lagi, buatlah medal finisher..yg murah2 pun x apa..hehe..penjagaan trafik sama mcm event2 lain..kurangnya penjaga lalulintas..tapi apa pun memang terbaik..hamba bagi 4 bintang dari 5..hehe...

akhir sekali, hamba belanja beberapa gambar sekitar larian hercules charity ni..dan tnggu perkongsian hamba mengenai event @ apa sahaja benda yang ingin hamba kongsikan..hehe..




sekian
wassalam

00:08 (22 Disember 2014)

Wednesday, December 10, 2014

New Balance Half Marathon 2014

Assalamualaikum..

Hampir satu bulan lebih hamba tak update blog ni..kekangan masa dan kesibukan kerja yg membuatkan blog ni hampir bersarang..hehe..bnyak sebenarnya benda hamba nak kongsikan berkaitan hobi hamba ni dlm masa yg terdekat ni..tapi itu la..masa pantas berlalu..ok..hari ni hamba nk kongsikan larian yang paling jauh hamba sertai..hehe..paling jauh di shah alam tu..dan paling jauh hamba berlari 10km tu..hehe.. larian yg hamba sertai ni adalah new balance half marathon 2014..perancangan utk sertai dibuat begitu awal sekali..hehe

Mengenai larian??..ok larian ni diadakan di setia city park, shah alam..bertarikh 23 november 2014..bermula pada jam 6.15 pagi..disini ada dua jarak larian iaitu 21km (half marathon) dan 10km..hamba sertai adalah yg 10km..hehe..yuran penyertaan adalah rm60 utk early bird @ daftar awal..kalau lambat lagi mahal..ada dia pnya range dia..bila sertai larian mesti ada bajukan..utk larian ni dia bgi singlet..x ada baju..singlet dia pun cantik..dgn padanan warna merah putih..bawah adalah gambar singlet larian..sama je utk half dan 10km..begitu jugak lelaki dan perempuan..sama je singlet yg diberi..



Perlumbaan??..oleh kerana ini adalah 1st 10km hamba sertai jadi agak gementar sikit la..target dpt habiskan larian dlm 1jam 15minit mcm tu..tapi x berupaya..berjaya tamatkan larian dlm 1jam 18minit..bnyak kali jugak la stop lari & jalan..fitness kurang..hehe..mngkin disebabkan kurang training..tapi dlm 1st 6km cm tu dah ok..lepas 6km kaki dah mula melecet..mngkin pakai kasut baru sama kot..hehe..jadi tak biasa..apa2 pun memang fun larian ni..medal dia pun cantik..design memng cun habis..warna silver utk 10km dan gold utk half marathon..siap boleh pusing 350 degree lagi tu..& dpat e-certificate..boleh rujuk gambar dibawah..





Baikpulih??..rasanya hamba bgi 4.5 dari 5..memng terbaik event larian..semua lengkap..tempat dia pun cantik..1st time sebenarnya hamba datang setia city park ni..memng cantik tempat ni..sesuai utk dibuat event larian mcm ni..rasa mcm kat oversea..hehe..

ok la..sampai sini sahaja cerita hamba..maybe lepas ni boleh cerita mengenai trip hamba ke shah alam ni kot..hehe @ cerita pasal larian yang seterusnya..disni hamba share berapa keping gmbar semasa larian ni diadakan..ok..





sekian
wassalam

23:50 (10 Disember 2014)

Sunday, October 26, 2014

Penang Series Run 2014/2015 (SPS)

Assalamualaikum..

Hari ini..hamba nak kongsikan larian yang hamba sertai..baru pagi tadi hamba lari..hehe..post larian paling laju ni..hehe..larian yang hamba sertai ni adalah Penang Series Run bagi sesi 2014/2015..ada 3 peringkat semua nya..kat bawah ni hamba akan ceritakan lebih detail..

Mengenai larian??..penang series run pada sesi 2014/2015 ni dibuat di 3 daerah di pulau pinang..iaitu seberang perai utara, selatan dan tengah..sebelum ni ada buat jugak tapi semuanya di pulau..merangkumi 4 siri..pusing 1 pulau jgak la..ni cerita series yg lepas..series utk tahun ni ada fun run iaitu 8km..sebelum ni tak ada..just half marathon..mngkin permintaan ramai..utk series ni dibuat fun run..hamba sertai hnya lah fun run..ok..utk series 1st iaitu seberang perai utara..hamba tak join..dah lepas dah pun..yang hamba join sekarang ni adalah utk Seberang Perai Selatan..utk series ni ia diadakan di sjk (c) pai teih di nibong tebal..bayaran utk fun run Rm25 dan half-marathon Rm60 kalau tak silap..utk series tengah akan diadakan pada bulan jan tahun hadapan..dkat mpsp perda..hamba belum daftar lagi..hehe..mcm biasa la akan dapat baju..tapi disebabkan baju basuh belum kering..jadi x ada la gmbar baju..ok..kalau habiskan dlm masa 1jam 30 minit akan dapat medal dan sijil..

Perlumbaan??..memang memenatkan..sebabnya hamba dah lama tak training..last lari masa sp half marthon aritu..memang semput abis..hehe..dah la 8km..memang pancit..hamba full lari dalam 32 minit..ada dlm 4km kot hamba lari..lepas tu jalan sambil lari..keseluruhan masa yg diambil 1jam 6minit..memang lama la..hehe..padahnya bila tak training..apa pun dapat jugak habiskan larian ni..hehe..ok ni sijil dan medal yang hamba dapat..medal cun sijil dia pun cun..hehe..dan yg paling penting..kita sihat bila berlari..hehe




design medal dia akan sama je utk 3 series ni..just akan tulis series apa yg kita join..utk half marthon memang terbaik medal dia..sebabnya bila cantum2 3 series tu boleh dapat 1 bentuk..memng terbaik..nak tengok gmbar boleh google..lain dari yg lain medal dia..

Baikpulih??..hamba bagi 4 bintang dari 5..sbbnya kwlan lalulintas tak semua simpang ada yg jaga..jadi agak sukar bagi pelari..dari keselamatan tu kurang sikit la..tapi terbaik dari semua larian yg hamba sertai..hehe..lagi satu time perlepasan tu..yg juru acara cakap bahasa mandarin..memng x pham la..tak ada la full mandarin..ada jgak english..tapi bnyak mandarin..apa yg dia cakap memang tak faham la..hehe..lebih elok kalau dia cakap mandarin pastu ulang semula dlm english @ melayu..semua faham..

ok la..smpai sini sahaja perkongsian hamba..next week ada larian 10km tanjung plak..hehe..habis la 8km pun dah semput..hehe..kena training jgak dlm mnggu ni..yg penting kena steady..hehe..percubaan pertama utk 10km..harap dpt habiskan larian tanpa berhenti..itu yg penting..hehe..ok..smpai sini sahaja..

sekian
wassalam

20:20 (26 Oktober 2014)