Pages

Sunday, October 26, 2014

Penang Series Run 2014/2015 (SPS)

Assalamualaikum..

Hari ini..hamba nak kongsikan larian yang hamba sertai..baru pagi tadi hamba lari..hehe..post larian paling laju ni..hehe..larian yang hamba sertai ni adalah Penang Series Run bagi sesi 2014/2015..ada 3 peringkat semua nya..kat bawah ni hamba akan ceritakan lebih detail..

Mengenai larian??..penang series run pada sesi 2014/2015 ni dibuat di 3 daerah di pulau pinang..iaitu seberang perai utara, selatan dan tengah..sebelum ni ada buat jugak tapi semuanya di pulau..merangkumi 4 siri..pusing 1 pulau jgak la..ni cerita series yg lepas..series utk tahun ni ada fun run iaitu 8km..sebelum ni tak ada..just half marathon..mngkin permintaan ramai..utk series ni dibuat fun run..hamba sertai hnya lah fun run..ok..utk series 1st iaitu seberang perai utara..hamba tak join..dah lepas dah pun..yang hamba join sekarang ni adalah utk Seberang Perai Selatan..utk series ni ia diadakan di sjk (c) pai teih di nibong tebal..bayaran utk fun run Rm25 dan half-marathon Rm60 kalau tak silap..utk series tengah akan diadakan pada bulan jan tahun hadapan..dkat mpsp perda..hamba belum daftar lagi..hehe..mcm biasa la akan dapat baju..tapi disebabkan baju basuh belum kering..jadi x ada la gmbar baju..ok..kalau habiskan dlm masa 1jam 30 minit akan dapat medal dan sijil..

Perlumbaan??..memang memenatkan..sebabnya hamba dah lama tak training..last lari masa sp half marthon aritu..memang semput abis..hehe..dah la 8km..memang pancit..hamba full lari dalam 32 minit..ada dlm 4km kot hamba lari..lepas tu jalan sambil lari..keseluruhan masa yg diambil 1jam 6minit..memang lama la..hehe..padahnya bila tak training..apa pun dapat jugak habiskan larian ni..hehe..ok ni sijil dan medal yang hamba dapat..medal cun sijil dia pun cun..hehe..dan yg paling penting..kita sihat bila berlari..hehe




design medal dia akan sama je utk 3 series ni..just akan tulis series apa yg kita join..utk half marthon memang terbaik medal dia..sebabnya bila cantum2 3 series tu boleh dapat 1 bentuk..memng terbaik..nak tengok gmbar boleh google..lain dari yg lain medal dia..

Baikpulih??..hamba bagi 4 bintang dari 5..sbbnya kwlan lalulintas tak semua simpang ada yg jaga..jadi agak sukar bagi pelari..dari keselamatan tu kurang sikit la..tapi terbaik dari semua larian yg hamba sertai..hehe..lagi satu time perlepasan tu..yg juru acara cakap bahasa mandarin..memng x pham la..tak ada la full mandarin..ada jgak english..tapi bnyak mandarin..apa yg dia cakap memang tak faham la..hehe..lebih elok kalau dia cakap mandarin pastu ulang semula dlm english @ melayu..semua faham..

ok la..smpai sini sahaja perkongsian hamba..next week ada larian 10km tanjung plak..hehe..habis la 8km pun dah semput..hehe..kena training jgak dlm mnggu ni..yg penting kena steady..hehe..percubaan pertama utk 10km..harap dpt habiskan larian tanpa berhenti..itu yg penting..hehe..ok..smpai sini sahaja..

sekian
wassalam

20:20 (26 Oktober 2014)

Saturday, October 11, 2014

Numismatik (Part 5 : Wang Replacement)

Assalamualaikum..

Hari ini hamba nak kongsikan mengenai wang replacement..apa benda tu??hehe..nnti hamba akan ceritakan lebih detail..sekadar pemahaman yang hamba faham..kalau ada salah silap harap diperbetulkan..hamba bukan otai numis..setelah sekian lama mendiamkan diri dalam dunia numismatik ni..ni hamba kongsikan sedikit ilmu yg hamba ada..sebelum tu..hamba mohon maaf sebab kata nak kongsikan mengenai dirham..tapi disebabkan beberapa masalah teknikal mengenai pengambilan gmbar..jadi terpaksa postpone dulu..hehe..ok

Apa itu replacement??..dalam senikata bahasa melayu adalah gantian..dalam erti kata numismatik wang replacement ni adalah wang gantian..wang kertas ini dicetak apabila berlakunya kerosokan, kesilapan atau sebagainya untuk mengantikan wang yg rosak tersebut..setiap wang yang rosak ini akan digantikan dengan wang replacement ini..itulah yang dipanggil wang gantian

Macam mana nak kenal??..ok..wang replacement ini dicetak dengan prefix yg tertentu bagi membezakan dengan wang asal..pada siri yg baharu ini, wang kertas kebiasanya akan bermula dengan prefix AA dan seterusnya AB, AC, dan seterusnya..jadi utk wang replacement ini ia akan dicetak dengan prefix yang khas..utk siri baharu ini kebiasaanya bermula dengan Z..dan diingtkan bahawa ada jugak siri2 lain yang wang replacemnt bukan bermula dari Z..sebagai contoh utk siri ke 6 keluaran 1986-1995..prefix yang dicetak bagi wang ini antara NE-NY dan PA-PW..manakala utk replacement akan bermula dengan prefix NZ..berbeza kan..utk tahu lebih lanjut boleh membeli buku rujukan..kerana perincian lebih detail..

Tak semua Z replacement??..mcm mna tu..hehe..ok..utk RM1 siri 11..cetakan 2000 hingga seterusnya..ada jugak prefix yg bermula dengan Z bukan replacemnt..contohnya ZG-ZV..ini bukan duit replacemnt..ia adalah duit keluaran biasa..dan repacement utk siri ini adalah ZA-ZE dan ZW..dari sini boleh ditaksirkan tak semua prefix yg bermula dgn Z adalah replacement..

Apa yang best??..msti ada yg tertanya2 apa yg best nye duit replacement ini..yg best nye nilai duit ni replcement adalah tinggi..ini kerana pengeluarang yg sedikit, sukar dicari menjadi faktor penting kepada nilai wang replacement ini..ini menjadi faktor kepada pengumpul wang lama berlumba2 mencari wang replacement..

Replacement yg tak berapa tinggi nilainya??..ada jgak wang replacement yg tidak menjadi..atau dari senikata lain adalah tidak terlalu berhaga..pekara ini berlaku mngkin disebabkan pengeluaran wang asal yang mempunyai kerosakan yg banyak..bila kerapnya terjadi kerosakan pada wang yg dicetak..wang gantian utk menganti wang asal jugak akan meningkat kuantitinya..ini dapat dilihat pada RM10 prefix replcemnt ZB..terlalu banyk di pasaran dan begitu mudah utk mendapatkanya..

ok..ni serba sedikit perkongsian hamba mengenai replacement ni..kalau nak tahu lebih lanjut..boleh beli buku rujukan wang lama @ cari kat internet..kalau beli buku rujukan wang lama..boleh dapatkan list terus duit apa yg replacement..hehe..senang cerita..bukan apa..x semua duit tu boleh dianggap replacement..yg tertentu sahaja..tambah2 wang yg siri lama..smpai sini perkongsian hamba..see u next time..

sekian
wassalam

06:47 (12 Oktober 2014)

Saturday, October 4, 2014

Football Jersey 100 Plus 2014

Assalamualaikum..

Pada entri yang lepas hamba ada cerita mengenai mug 100 plus kan..ni hamba nak kogsikan baju @ jersey 100 plus jugak..sama program dengan yang mug tu..tebus dan menang jugak sempena world cup yang lepas..hamba ambil sekali dengan mug dan baju..cuma post yang berbeza..

Mengenai jersey??..sama mcm mug jugak penebusannya..cuma kualiti label utk penebusan adalah berbeza dengan mug..kalau label 500ml, mug perlu 11 label tapi bagi baju seganda dari kuantiti mug iaitu 22 label..sama jugak dgn 1.5liter..mug 7 label dan baju 15 label..utk 1.5liter ni digalakan guna utk tukar mug..sbb boleh jimat 1 label..hehe..design sama mcm mug..logo negara akan dilekatkan di atas kiri baju apabila kita memakai..ada 6 negara jugak..england mcm biasa..hamba tak tebus..sbb dah tahu logo dia ada salib..yg mug tu sbb tak tahu..masih ada lagi simpan..tak tahu nak bt mcm mna..mngkin bgi kat kawan yg bukan muslim..kualiti jersey memang tidak menghampakan..kira puas hati la hamba kumpul dan tebus..memang gredd A la..kalau 100 plus punya baju memang terbaik baju dia..kain pun sedap pakai..tak ada la nak bagi yg bukan2 kan..hehe..cuba tngok gambar yang hamba tunjuk ni..mmng terbaik..hehe







lupa plak hamba nak bagitahu belakang jersey ni ada tertera nama pasukan..boleh tngok pada gambar di bawah..mulanya hamba ingat kosong je..sbb tngok kat iklan peraduan..bahagian hadapan je tunjuk..rupanya ada plak team name di belakang..ok la..jangan bt solat jemaah sudah..tak khusyuk orang yg solat di belakang kita duk tngok ni..jap g duk teringat bola plak time solat..hehe..apa2 pun memang terbaik jersey ni..tngok dia pnya coller round..siap ada cetakan 100plus lagi..kira nya bukan yg biasa2 la dia bagi..tag baju tu bt nmpak mahal dah..hehe..mana mau cari mcm ni..hehe



ok lah..sampai sini sahaja perkongsian hamba..bulan ni mngkin slow sikit hamba update blog ni..sbb sibuk sikit..bahan pun kurang..bahan ada..tapi kena biar lengkap dulu..baru best nak kongsikan..hehe..tnggu koleksi dirham hamba plak..hamba akan cari masa utk kongsikan dirham yg hamba ada..hehe..tngguuu..

sekian
wassalam

15:22 (4 Oktober 2014)