Pages

Thursday, August 28, 2014

MPSP Tower Run 2014

Assalamualaikum..

Hari ni hamba nak kongsikan larian yang hamba sertai pada hari ahad yg lepas bersamaan dengan 24 Ogos 2014..lama jugak kan baru nak cerita..larian yang ke-5 yg telah hamba sertai..hehe..dah bnyak dah lari..hehe mcm2 pengalaman ada..jap g hamba cerita lebih lanjut..ok

mengenai larian??..larian yg dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Seberang Perai..larian ni kena melalui 7km + 16 tingkat bangunan MPSP..tiada had masa yang dikenakan..pelari yg berjaya menamatkan larian akan dapat medal..x ada masa..jnji smpai kat atas tu..hehe..laluan larian ni merangkumi bandar perda..kira pusing bandar perda..oleh sebab hari ahad dan pagi jadi tak ada kereta..larian start pkul 7.15 pagi utk lelaki dan wanita 7.45 pagi..kalau daftar masuk terus dapat baju..sijil diberi jugak..diberi sekali dgn medal..bayaran pendaftaran rm25 sahaja..ni contoh baju yang diber..warna oren gitu..bnyak sngguh baju larian warna oren sekrng ni..hehe



perlumbaan??..oleh kerana ni larian panjat bngunan 1st hamba..jadi paham2 la..hehe..penat tak sangka..start larian pkul 7.15 hamba lari..keadaan kawasan perda time tu berkabus lagi..smpai x nmpak jalan..5km pertama hamba lari dan bila check masa 31.00 minit masa yg diambil..lepas tu hamba behenti lebih kurang 100m sebelum tamatkan larian 7km..dlm 500m nak smpai 7km ada brother bagi semngat..haha..dia lari sebelah hamba je..dia kata tak jauh dah..berthan kata kat hamba. perhh memang penat..tak tau la napa penat snggt pagi tu..time naik bangunan..hamba jalan je smpai tngkat 16..haa..memang perit naik bangunan..rasa nak pitam pun ada..1st time sertai kot..jadi tak biasa..time naik tu setingkat2 duk check dah tngkat berapa..berapa kali hamba behenti pun tak tau la..5 kali lebih kot..hehe..smpai atas perh ramai dah smpai..masa yg diambil dlm 55 minit mcm tu..hehe..terus ambil air revive dia bagi..minum dan tersandar tepi dinding..hehe..mmng penat..serik dah nak lari panjat bngunan..hehe..ok..ni sijil dan medal yang hamba dapat..medal ke 2 yg hamba dpt sejak join larian..hehe




event ni memng terbaik la..medal pun lawa..sijil pun lawa..baju pun lawa..hehe..siap bagi roti dgn pisang lagi..mmng cun abis..hehe..walaupun penat tak sangka..kalau ada lagi larian ni tahun hadapan hamba nk join lagi..hehe..lambat tak per lari asal lari dlm keseronokan dan tiada tekanan..ni hamba belanja gmbar sekeping time duk atas menara MPSP tu..hehe..memang cantik permandangan dari atas bangunan MPSP tu..


baikpulih??..keseluruhan event ni ok la..hamba bagi 4 dari 5 bintang..semua ok..tandas ada..makanan ada..yg tak ok benda2 simple mcm baju dia memng tak ikut saiz..L dia dah mcm XL dah..lepastu kualiti kertas sijil dia pun tak bagus..mcm print atas kertas A4 biasa je..bt la kertas keras sikit kan..cabutan bertuah try bt bnyak sikit..hamba tngok ada 2 basikal je..tapi tak tahu la kot ada penambahan..sebab hamba balik awal..apa2 pun kawalan lalulintas dia memang terbaik..setiap simpang ada orng jaga..mngkin ramai kakitangan kot..polis trafik juga membantu dlm menjaga lalulintas ni..water station diharap letak la satu..7km lari tu jarak yg agak jauh..tapi kira ok la dkat borang dah mention kata water station akan ada time penamat..x ada la hamba tercari2 dan bolehla orang spare bawak air masa lari..hehe

sampai sini sahaja cerita hamba..larian terakhir utk bulan ogos tahun 2014..bulan depan ada lagi larian..tngah survey jgak larian yg akan datang..adakah sesuai dgn tarikh..hehe..ok la..tnggu perkongsian hamba yg lain dlm blog cerita untuk anak..

sekian
wassalam

00:19 (29 Ogos 2014)

Tuesday, August 26, 2014

Syiling Peringatan 80 Tahun Angkatan Tentera Malaysia (2013)

Assalamulaikum..

semoga sihat sentiasa..hari ini hamba hendak kongsikan mengenai syiling peringatan yang hamba ada..ini adalah syiling yang terakhir dalam simpanan hamba..maksud hamba ni syiling last yang hamba ada untuk dikongsikan..syiling ini dibuat kerana untuk memperingati 80 Tahun Angkatan Tentera Malaysia (ATM).. seperti yang kita ketahui dlm ATM ni ada tiga sayap yang memimpin untuk mempertahankan keselamatan negara kita iaitu darat, laut dan udara..

Mengenai Syiling ini??ia adalah keluaran yang terakhir syiling peringatan bagi tahun 2013..syiling ini dikeluarkan pada 23 Disember 2013 yang lalu..dan boleh diperolehi di semua cawangan BNM Malaysia..tapi kalau nak cari sekarang memang dah tak dijual di BNM..mengenai design syiling ni, pada bahagian hadapan adalah gambar aset ketenteraan ATM itu sendiri utk ketiga2 sayap iaitu kapal selam, jet perjuang dan kereta kebal..manakala pada bahagian belakang logo ATM itu sendiri..design memang cantik..boleh tengok di bawah ni..


syiling ni dikeluarkan didalam tiga material..sama seperti keluaran syiling yang lepas..cuma kuantiti agak sedikit jika dibandingkan dengan syiling 50 tahun Pembentukan Malaysia..mngkin disebabkan tujuan pengeluaran itu sendiri yang menyebabkan jumlah nya dikurang sedikit..berat silver proof jugak berbeza berbanding dengan syiling penubuhan Malaysia..kesemua jenis dikeluarkan kurang berbangding keluaran yang lepas, cuma set of 3 dan nordic gold je sama..boleh rujuk di jadual dibawah utk lebih detail..


Pengalaman??oleh kerana ini yg ke3 hamba datang beratur jadi dah mcm lali dah dengan peragai orang yang beratur ni..sama mcm yg lepas bertegur sapa pada yang hamba kenali melalui beratur2 dripda edisi2 yg lepas..hamba rasa utk syiling ni jumlah orng yang datang beratur kurang sedikit berbangding yg lepas..polis pun kawal dengan baik sekali..hamba hanya beli 1silver proof dan 5 coin card sahaja..coin card dihadkan 5 kepada setiap orang..



sorry gambar coin agak malap..hamba x perasaan dah bt post ni baru perasaan..hehe..kalau tak puas hati tngok boleh cari kat penjual dan beli..hehe..mmm lagi satu kena dapatkan coin card..sebab coin card dia bagi hamba memang cun..hamba tak share la plak..jadi cari la sendiri..ok la sampai sini sahaja..tngah menunggu syiling peringatan yg seterusnya utk tahun ini selepas syiling hubungan Malaysia dan China..hehe..x sabar rasanya..harap2 lagu lawa dan duit pun ada utk beli..hehehe..tnggu cerita hamba yang seterusnya..hehe..bnyak lagi yg nak dikongsikan..

sekian
wassalam

10:51 (27 Ogos 2014)

Saturday, August 16, 2014

Peace Run 2014

Assalamualaikum..

hari ni hamba nk cerita mengenai larian hamba yang ke-4 ni..hehe..tapi sebelum tu mari kita doakan untuk saudara kita di Gaza..semoga diberi kekuatan dan ketabahan..aminn..dalam menyambut undangan rumah terbuka ni jangan la kita lupa saudara kita disana..

mengenai larian??..ok..larian ni bukan competion just fun run..larian ni diadakan di taman belia, pulau pinang pada hari ahad yg lepas bersamaan dengan 10 ogos 2014..jarak larian 6km..tapi bila check dalam google map lebih dari 6..6.3 km cm tu lebih kurang..yuran yg dikenakan rm20..dia sebenarnya larian utk charity..larian untuk kanak2 yg kurang upaya..dapat baju dan sijil..

perlumbaan??larian ni paling penat hamba pernah sertai..walaupun 6km je jarak dia..tapi kawasan taman belia ni agak berbukit..2km awal hamba dah berhenti..low power dah..hehe..masa yg diambil hampir sejam utk tamatkan larian..mau tak sejam asyik berhenti je keja nya..hehe..penat beb..bukit dia bnyak snggt..lepas ni kena training kawasan bukit plak..hehe..ok kat bawah ni adalah baju dan sijil yang hamba dapat..




baju dia cantik..tapi design dia tu agak pelik..mengelirukan orang yg mana depan dan belakang..sebb jumpa ada 2 3 runner yg pakai baju terbalik..hehe..sijil dia cun..nmpak dah mcm peringkat kebangsaan dah..hehe..dengan yuran yg dibayar memang berbaloi dapat semua ni dalam larian amal macam ni..

baik pulih??..keseluruhan event ni hamba bgi 3 bintang je..sebab ada sikit silap penganjur..antranya time nak lepaskan agak terabur..dengan luas jalan yg sempit ditambah dengan peserta yang ramai..keta plak parking tepi2 jalan tu..time lari ada dengar jugak peserta langar keta yg perking tepi jalan..2nd dengar dari pertugas yang berjaga kata kakitangan tak berapa cukup dengan tiada pemberitahuan mengenai kedatangan gabenor Pulau Pinang..lalulintas pun ada laluan yang tak dijaga..pastu tiada water station..mgkin sebab event charity sama kot..tu yg tak ada..tapi lepas lari ada 3 van air menunggu..hehe..kira ganti water station..hehe..makanan semua ada..harap diadakan larian charity mcm ni lagi..mungkin event charity sama kot tu yg tak cukup kakitangan nak handle..apa2 pun terbaik larian..sekian dari hamba..tnggu next cerita mengenai larian MPSP dan baju 100 plus @ apa saja yang hamba nak ceritakan..hehe

sekian
wassalam

16:28 (16 Ogos 2014)

Thursday, August 14, 2014

Syiling Peringatan 50 Tahun Pembentukan Malaysia (2013)

Assalamualaikum..

Hari ini hamba nak kongsikan duit peringatan yang hamba ada..hehe..walaupun dah lama beli..tapi hamba nak share jugak..bersempena dengan sebab blog ini dibuat iaitu untuk menceritakan kepada anak hamba..hehe..syiling peringtan ni dikeluarkan sempena 50 tahun pembentukan Malaysia..iaitu sempena sabah dan sarawak join our country to make a bigger country..hehe

Mengenai syiling ini??..sama seperti apa yang hamba ceritakan diatas..tapi yang unik nya..ia adalah 1st syiling peringatan berwarna yang dikeluarkan oleh BNM..memang cantik sanggt..hehe..tak pernah ada..ni 1st time ia ditempa dengan berwarna..kira sejarah la kan..syiling ini dikeluarkan pada 17 september 2013 selang sehari sempena sambutan Hari Malaysia..ia boleh didapati di semua cawangan BNM di Malaysia..kalau sekarang ni nak cari memang sudah tak ada la..hehe..hmpir setahun lebih..tapi boleh dapat dekat penjual barangan lama dan antik..mesti ada nye..harga jgn tnya la berapa..lebih dari harga beli time BNM keluarkan..


syiling ini dikelurkan dengan 3 material yang berlainan..sama seperti keluarnya syiling peringtan yang lepas..cuma berwarna je..hehe..jumlah keluaran boleh rujuk pada jadual dibawah..untuk pertama kalinya syiling perak @ silver dikeluarkan sebanyak 10, 000..satu keluaran yang banyak..begitu jugak dengan nordic gold sebanyak 25, 000..dengan keluran yang banyak ni..harga di pasaran mungkin tak terlalu mahal berbanding syiling yang lain..


Pengalaman??..oleh kerana in 2nd time hamba datang beratur..jadi hamba dah boleh baca dah..hehe..cewah boleh baca kunun..hehe..maksud hamba cara pembelian dan beratur di BNM..1st dulu agak tercengang jugak la..hehe..yang 2nd ni hamba saja datang lewat sikit..sebab tau keluaran yang bnyak..hamba macam biasa la..target single silver saja..hehe..beratur agak panjang jugak seperti yang 1st dlu..mmm kedudukan beratur agak jauh sikit la dari yg mula2 datang..polis pun banyak berkawal pada keluaran ni..mungkin mereka learn from mistake pada keluaran yang lepas..hehe..apa2 pun memang terbaik beratur2 ni..macam biasa la..lebih dari 4 jam beratur utk mendapatkannya..hehe..di bawah ada bukti coin silver yang hamba beli..coin card hamba beli 5 je..sebab bajet tak ada...sekarang pun tinggal 2 je..dah jual abis..hehe




cantikan design dia..kalau tengok real lagi cun..hehe..mmm coin card hamba tak letak pun..tapi sama je design dia..cuma material je lain dan warna pun lain..coin card ni kalau nak tau boleh tngok post hamba yang lepas pasal coin card..kalau nak info tambahan boleh tngok dekat website BNM..mngkin ada yang hamba tertinggal..ok..ni adalah syiling peringatan ke-3 hamba ada..ada lagi satu yang belum cerita..nnti hamba akan post jugak cerita ni..harap tak keluar lagi keluaran baru..hehe..kalau tak jenuh hamba..hehe..ok la sampai sini sahaja cerita hamba..ada banyak lagi yg hamba nak cerita pasal running, duit lama, syiling dan lain2..masa tak mengizinkan..hehe..sibuk sedikit..ok la..sampai sini sahaja..akhir sekali dari hamba dunia kumpul jugak tapi jangan dilupa bekalan di sana..di sana kekal abadi..

sekian
wassalam

23:07 (14 Ogos 2014)

Saturday, August 9, 2014

Forward Oat King Run 2014

Assalamualaikum..

Hari ni hamba nak share sedikit mengenai larian hamba yang ke-3..hehe..larian ni adalah Forward Oat King Run 2014..yang diadakan di Penang Chinese Town Hall..event ni hamba join pada hari ahad yang lepas iaitu 3 Ogos 2014..ia dianjurkan oleh Penang Forward Sport Club..terdapat dua kategori iaitu half marathan dan fun run (7Km)..hamba join yang 7km..

Cerita perlumbaan??..masa start larian awal sedikit..hamba tngah cari parking sudah start larian..agak kelam kabut sedikit..sambil jalan pgi larian sempat lagi hamba makan roti gardenia vanilla..memang kalut la..dengan tak sempat minum air..hehe.terus pegi garisan permulaan..yg jaga garisan sruh lari sbb dah start utk fun run..memang tak pergi daftar la..hehe..time larian tu ada pikir jugak sbb kat borang tu kata kalau tak daftar akan diqualified..tak per..hamba lari je malas nk pikir..redha je la..mula2 tu agak penat jugak la lari..sebab nk kejar yang dah lari..lepas dah smpai kelompok besar..baru slow down sikit larian..lari slow je la..hehe..lagipun ni 1st hamba join 7km..sampai setengah larian ada check point..akan diberi tali getah ikat rambut warna purple..ok la..pastu perasaan kena ada 2 getah..1 lagi warna merah..dalam hati kata ni mesti time daftar baru dapat ni..terus rasa gelabah..haha..tngok jgak kat atas jalan kot ada yg sapa2 terjatuh..hehe..x ada pun..x per la..redha je la dalam hati..than sampai water station..hamba rembat 2 cawan air..hehe..dah la belum minum lagi dari tadi..masih terasa cekikan roti..hehe..

larian ni memang penat..1st time 7km..tapi bila rujuk google dgn perubahan laluan larian..kira-kira dlm 6.5km cm tu je jarak dia..tapi ok la..dapat jugak tamatkan larian dlam masa 46minit..memng low terus power..ingat 1km nk smpai nk jalan je..hehe..tapi teruskan jgak joging perlahan2..memng penat beb..hehe..tamat larian selamat tak check gelang..meraka pakai bagi je medal dgn goodies beg..kalau tak jenuh hamba nk menjawab..hehe..sebelum larian tu macam biasa la..mesti ada baju..ni baju yang hamba dapat..utk half marathon akan bagi singlet..



baju dia memang cun la..pakai pun sedap..guna meterial yang ok..warna pun ok jgak..oren..tapi memang sedap la pakai..ni plak sijil dan medal yang hamba dapat..medal dia pun cun..nampak berkualiti bukan yang platik @ sebagainya..design pun cantik..ni 1st medal hamba dapat ni..hehe




memang terbaik event ni..goodies beg yang dpat pun sempoi..mcm2 ada..air meneral, nasi, air reviwe, oat, kopi dan roti..kira ok la..dapat semua benda ni..kupon cabutan bertuah pun ada..tapi lepas event tu hamba relax jap pastu terus balik..tak tnggu pun cabutan bertuah..hehe..malas nak tunggu..dianggrkan 2500 orang join larian menurut sumber yang hamba dapat dalam internet..kira ramai jugak la kan..

baik pulih??..keseluruhan event ni kira ok la..hamba bagi 4 bintang dari 5 bintang..persediaan toilet semua lengkap..cuma masa perlepasan tu je tak ikut on time..kalau lambatkan tak per..cepatkan masa tu masalah..jadi mcm hamba kelam kabut sikit..tempat berhimpun selepas larian pun agak sempit..sebab bt dekat tngah town sikit..jadi agak sempit sikit tempat dia..lagi satu pengawasan lalu lintas..ada 1, 2 tempat x ada orang yang jaga..bahaya jugak lah bagi pelari..yg lain ok..terbaik larian ni..next event mesti join lagi..mmm yuran peyertaan mungkin boleh dikurang kan lagi kot.hehe..

ok..sampai sini sahaja cerita hamba..nanti ada lagi larian 6km plak..harap hamba dapat tamatkan larian dengan masa yang lebih baik..tnggu next cerita pasal larian hamba..dalam cerita saya untuk anak..hehe..last..hmba belnja sekaping gmbar yang hamba tngkap..hehe



sekian
wassalam

16:49 (9 Ogos 2014)

Tuesday, August 5, 2014

Mug Nescafe World Cup 2014

Assalamualaikum..

Salam Syawal..masih lagi berada di bulan syawal..semoga digunakan masa ini melakukan puasa-puasa sunat..puasa 6..harini hamba nak share sikit..antara koleksi mug yang hamba ada..mug nescafe..dikeluarkan sempena world cup 2014 baru2 ini..barang ni dah ada sebelum raya lagi..sebab sibuk tak sempat nak update dalam blog ini..

Mengenai Mug??..ok mug ini adalah free gift apabila anda beli barangan nescafe..tapi rasaya tak semua pasar raya ada..just untuk sesetengah tempat je yang ada..dapat info dari rakan FB..tempat hamba tak ada..selain dari tu juga boleh dapat di burger king..dengan syarat beli set breakfast..tapi tak semua burger king ada..burger king yang ada breakfast je boleh dapat..time promosi burger king dijalankan pada bulan ramadhan..mmm sebelum 2 minggu sebelum ramadhan hingga minggu ke3 ramadhan kalau tak silap..bagi muslim macam hamba ni..sukar jugak la nak dapatkan..sebab puasa kan..tapi hamba try tnya pada burger king punya email..kot dapat beli time dinner..tapi tak berjaya..alasanya untuk promosi breakfast mereka..tapi seminggu sebelum tamat promosi ni..mereka ada hantr email bgtau kata dibenarkan dapatkan mug ni pada dinner time..tapi dah terlambat..tak tiap2 malam nak makan burger king..jadi berjaya dapat 2 je mug..

untuk pengetahuan..terdapat 7 design mug ni..semua berdasarkan negara yang bermain di world cup..jadi ada 7 negara je la..sebab 7 mug..hehe..mug dia mmng cun habis..hamba dapat yg germany dan argentina je..yang lain hamba beli kat FB..hehe..lagi 5 mug beli dengan harga rm50 sekali pos..memang terbaik la..hehe..

ok..kat bawah ni hamba ada letakan gambar mug tu..bahagian belakang ada tulisan nescafe dan bahagian depan mengikut gambar negara..boleh rujuk dibawah..









cantik kan mug ni??hehe..ok la..sampai sini sahaja perkongsian koleksi yang hamba ada..hehe..nnti kalau ada hamba akan update lagi..

sekian
wassalam

21:19 (5 Ogos 2014) (9 Syawal 1435)